Teh, Liew Seng (2000) Kualiti lemak koko daripada pelbagai cara pengekstrakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002435.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Sebanyak tiga sampel iaitu lemak koko yang diekstrak dengan kaedah Soxhlet, lemak koko komersil Malaysia dan lemak koko Brazil yang diekstrak dengan tekanan mekanikal telah dikaji ciri-ciri fizikal dan kimianya untuk menentukan kualiti lemak koko tersebut. Antara penentuan ciri-ciri fizikal yang dijalankan adalah seperti takat lebur, indeks biasan dan kandungan kelembapan manakala penentuan ciri-ciri kimia yang dijalankan adalah seperti nilai iodin, nilai saponifikasi, asid lemak bebas dan nilai peroksida. Keputusan menunjukkan hampir kesemua hasil penentuan ciri-ciri fizikal dan kirnia mematuhi piawaian yang ditetapkan kecuali kandungan kelembapan. Pelarut dietil eter dikenalpasti sebagai pelarut yang paling baik untuk mengekstrakan lemak dari biji koko kering dengan pengekstrakan lemak sebanyak 54.05± 0.64% dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti berbanding pelarut petroleum benzena dan petroleum Spirit. Lemak koko yang diekstrak dengan kaedah Soxhlet mernpunyai takat lebur yang paling tinggi iaitu 33.7± 0.8°C dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti di antara sam pel. Indeks biasan untuk lemak koko komersil Malaysia adalah yang paling rendah iaitu 1.457 ± 0.002 pada suhu 40°C dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan yang bererti di antara sam pel. Kandungan kelembapan untuk lemak koko yang diekstrak dengan kaedah Soxhlet adalah tinggi iaitu sebanyak 0.16±0.05% iaitu tidak mematuhi piawaian (0.1%) dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti di antara sampel. Lemak koko Brazil mempunyai nilai iodin, nilai saponifikasi dan asid lemak bebas yang paling tinggi iaitu masing-rnasing 37.9 ± 5.8, 192.5 ± 1.9mg KOH/g lemak dan 0.84± 0.03% dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan purata yang bererti untuk nilai saponifikasi, asid lemak bebas manakala perbezaan bagi nilai iodin adalah tidak bererti. Nilai peroksida untuk lemak koko yang diekstrak dengan kaedah Soxhlet adalah yang paling tinggi iaitu 1.81 ± 0.04meq/kg dan hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti di antara sampel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Soxhlet method, cocoa butter, extraction, benzene solution, spirit petroleum |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 23 Dec 2014 12:39 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10250 |
Actions (login required)
View Item |