Velarie Lojumbung (2000) Pembangunan produk marmalad daripada buah markisah (Passiflora edulis flavicarpa). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002444.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian pembangunan produk marmalad dari buah markisah ini telah dijalankan untuk mendapatkan formulasi terbaik marmalad markisah supaya dapat mempelbagaikan rangkaian produk makanan daripada buah markisah di pasaran tempatan dan juga sebagai satu usaha untuk mengeksploitasikan hasH buah tempatan negeri Sabah. Kajian ini juga merangkumi penentuan penerimaan para pengguna terhadap produk ini melalui ujian sensori dengan panel jenis pengguna dan penentuan kepada faktor-faktor kawalan mutu semasa dan selepas pemprosesan marmalad markisah. Kaedah pemprosesan marmalad markisah yang telah dijalankan adalah kaedah biasa untuk memproses marmalad yang disyorkan oleh Pusat Teknologi Makanan, MARDI, Serdang tetapi diubahsuai sedikit dari segi pengolahan bahan mentahnya iaitu kulit markisahnya. Formulasi marmalad markisah yang terbaik dan mematuhi kehendak-kehendak dalam Peraturan Makanan 1985 perkara 285 (1), (2) dan (3) telah berjaya diperolehi. Keputusan kepenerimaan panel jenis pengguna terhadap marmalad markisah ini adalah positif dan faktor-faktor kawalan mutu yang perlu dititikberatkan adalah seperti proses pemilihan bahan mentah; kawalan kuantiti bahan mentah; masa dan suhu pendidihan; kandungan jumlah pepejal terlarut; pH; analisis mikrobiologi ke atas kulat dan yis; faktor bahan pembungkus serta kestabilan produk semasa simpanan. Didapati marmalad markisah yang dihasilkan adalah bebas daripada kulat dan yis serta stabil pada simpanan suhu bilik tanpa pendedahan kepada cahaya.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | product development, passion fruit, marmalade, yeast, formulation |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 28 Jan 2015 11:18 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 16:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10267 |
Actions (login required)
View Item |