Penghasilan minuman jus buah tembikai susu campuran mangga

Yvonne V. Loijon (2007) Penghasilan minuman jus buah tembikai susu campuran mangga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002448.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menghasilkan minuman jus buah tembikai susu campuran mangga. Sebanyak 9 formulasi yang dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berbeza dalam kandungan tembikai susu telah dihasilkan. 3 formulasi terbaik telah dipilih melalui ujian pemeringkatan. Formulasi tersebut adalah F2, F3 dan F4. Penilaian sensori menggunakan skala hedonik telah dijalankan untuk memilih formulasi terbaik iaitu F3. Analisis proksimat, fizikokimia dan kajian hayat penyimpanan telah dijalankan ke atas F3. Keputusan ujian fizikokimia menunjukan F3 mempunyai nilai pH 4.50±0.07, nilai briks 9.50±0.00ºBriks dan keasidan tertitrat sebanyak 0.30±0.02%. Analisis proksimat ke atas F3 menunjukkan kandungan air sebanyak 81.06±1.38%, abu sebanyak 0.64±0.04%, lemak sebanyak 0.10±0.02%,protein sebanyak 2.80±0.27%, sera but kasar sebanyak 0.71±0.02% dan karbohidrat sebanyak 14.69±0.43%. Kandungan vitamin C yang diperolehi adalah 0.91±0.05 mg/100g. Kajian hayat penyimpanan yang dijalankan selama 32 hari menunjukan penurunan nilai briks kepada 9.20±0.00ºBriks daripada nilai asal iaitu 9.50±0.00ºBriks selepas disimpan selama 32 hari, nilai; pH dan 4.50±0.07 kepada 3.37±0.08 setelah menjalani penyimpanan salama 32 hari. Namun begitu, keasidan tertitrat meningkat kepada 1.10±0.11% dari 0.30±0.02% setelah disimpan selama 32 hari. Ujian mikrobiologi yang telah dijalankan menunjukan pertumbuhan mikroorganisma pada hari ke-20 penyimpanan. Keputusan ujian pengguna mendapati 89% ahli panel menyukai rasa jus ini dan 91 % akan membeli jus ini jika dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: honeydew, fruit juice, mango, formulation, product development
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Jan 2015 14:25
Last Modified: 13 Oct 2017 12:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10283

Actions (login required)

View Item View Item