Norhafizah Rasul (2013) Kesediaan guru dan penggunaan bahan bantu mengajar hubungannya dengan minat belajar murid pemulihan khas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru pemulihan khas serta penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap minat belajar murid pemulihan khas di daerah Lahad Datu. Kajian ini juga meninjau aspek kesediaan guru dari segi latihan dan minat menjadi guru pemulihan khas. Aspek penggunaan BBM ditinjau dari segi kemahiran guru pemulihan khas membina BBM dan juga keberkesanan BBM terhadap pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus dapat melihat hubungan aspek tersebut terhadap minat belajar murid pemulihan khas. Responden seramai-44 orang Guru Pemulihan daerah Lahad Datu telah dipilih sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data-data responden yang terdiri daripada guru pemulihan di daerah Lahad Datu. Analisis deskriptif, Ujian t dan Ujian Korelasi Pearson pada aras signifikan (p>0.05) serta Regresi Berganda telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan (min=4.15, sp=0.47) bagi kesediaan guru, (min=4.22, p=0.46) bagi penggunaan BBM dan (min=4.07, sp=0.41) mewakili minat belajar murid pemulihan khas. Dalam ujian t padanan menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah tidak mempengaruhi minat belajar murid pemulihan khas dengan aras signifikan 0.25. Waiau bagaimanapun, terdapat korelasi yang lemah bagi kedua-dua pemboleh ubah iaitu (r=0.33) bagi kesediaan guru dengan minat belajar murid pemulihan khas dan (r=0.30) bagi penggunaan BBM dengan minat belajar murid pemulihan khas. Daripada kedua-dua pemboleh ubah ini, min kesediaan guru merupakan pemboleh ubah yang paling mempengaruhi minat belajar murid pemulihan khas. Kedua-dua pemboleh ubah ini dilihat bukanlah faktor utama menyumbang pada minat belajar murid pemulihan khas. Justeru itu, kajian terhadap faktor luar dari persekolahan dicadangkan untuk kajian akan datang.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Guru pemulihan, Lahad Datu, Latihan perguruan, Minat pembelajaran, Bahan bantu mengajar |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) > LB1049.9-1050.75 Reading (General) |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | ADMIN ADMIN |
| Date Deposited: | 24 Mar 2015 11:50 |
| Last Modified: | 23 Jan 2026 16:04 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10708 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

