Salwana Wahamin (2010) Status pemakanan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000245_(new).pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian penentuan status pemakanan telah dijalankan ke atas 150 orang anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menjalani latihan lanjutan di markas PALAPES Universiti Malaysia Sabah. Kajian dijalankan semasa latihan lanjutan kerana anggota akan memasuki fasa kem tahunan dan fasa medan yang bertempat di kem paradise Kota Belud. Sepanjang tempoh tiga hari kajian, subjek lebih banyak menghabiskan masa berada dalam kelas ulangkaji bagi persediaan penilaian pegawai kadet semasa kem tahunan dan fasa medan. Purata umur subjek adalah 20.8 ± 1.1 tahun. Penentuan ciri fizikal telah dilakukan menggunakan ukuran antropometri. Kaedah merekod makanan selama 3 hari digunakan untuk menilai pengambllan makanan dan serentak dengan itu pola aktiviti fizikal ditentukan melalui kajian gerakan dan masa. Hasil kajian menunjukkan purata berat badan dan tinggi adalah 55.9 ± 9.5 kg dan 160.1 ± 3.0 em, masing masing. Purata peratus lemak tubuh adalah boleh diterima dlmana bagi subjek lelaki adalah 7.08 ± 4.48 dan subjek perempuan adalah 23.28 ± 5.96. Manakala bagi purata indeks penyebaran lemak tubuh ialah 85.3% adalah normal dan 14.7% mengalami kegemukan akibat penyebaran lemak pada tubuh. Pengambilan tenaga secara puratanya adalah 1474.5 ± 273.3 kcal/hari bagi subjek lelaki dan 1230 ± 305.2 kcal/hari bagi subjek wanita. Imbangan tenaga bagi kedua-dua jantina adalah negatif sebanyak 41 kcal (Ielaki) dan 281kcal (perempuan). Pengambilan tenaga tidak memenuhi saranan RNI Malaysia. Peratus sumbangan pola aktiviti fizikal pula secara purata adalah 82.4% untuk aktiviti ringan, 5.1% bagi aktiviti sedentari dan 112.5% sederhana. Status pemakanan anggota palapes secara amnya adalah balk.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Food nutrition, Kem Paradise Kota Belud, Sabah, Food intake |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 17 Nov 2011 14:01 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 15:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1117 |
Actions (login required)
View Item |