Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dan Analytical Hierarchy Process (AHP) dalam pengenalpastian kawasan berisiko tanah runtuh di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah

Mohammad Aiman Ismail (2016) Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dan Analytical Hierarchy Process (AHP) dalam pengenalpastian kawasan berisiko tanah runtuh di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Development of a monolith based.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Secara ilmiah, fenomena tanah runtuh merupakan satu bencana alam yang diberi perhatian khusus oleh para pengkaji di dalam bidang ilmu geografi fizikal dan juga sains geologi. Di Malaysia pelbagai kaedah dan parameter telah digunakan oleh para pengkaji dalam menentu dan meramal kejadian tanah runtuh. Antara kaedah yang paling dominan digunakan dalam meramal fenomena tanah runtuh di Malaysia adalah melalui pendekatan Geiographic Information System (GIS) dan Analytical Nieia2tiy Proses (AHP). Penggunaan kedua kaedah tersebut telah secara saintifiknya membantu pihakpihak berwajib dalam bukan sahaja mengenal pasti kawasan berisiko tanah runtuh tetapi juga mengawal fenomena tersebut daripada berlaku. Walau bagaimanapun, di Sabah [khususnya Kota Kinabalu], kajian berhubung dengan fenomena tanah runtuh yang menggunakan kaedah GIS dan AHP adalah sangat kurang dan hampir tiada langsung. Situasi tersebut menyebabkan proses mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tanah runtuh di Sabah berhadapan dengan kesukaran teknikal dan juga kekurangan data yang signifikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menggunakan kaedah GIS dan AHP dalam pengenalpastian kawasan berisiko tanah runtuh di sekitar Kota Kinabalu berdasarkan lima parameter berikut: i) Ketinggian, ii) Kecerunan, iii) Guna Tanah, iv) Jenis Tanah dan v) Taburan Hujan. Berdasarkan keputusan pengiraan GIS dan AHP, kajian ini mendapati bahawa kecerunan dan taburan hujan adalah parameter yang paling dominan dalam mempengaruhi kawasan berisiko tanah runtuh. Manakala hasil analisis tindan lapis parameter menghasilkan data kawasan berisiko tanah runtuh dengan lebih jelas dari sudut skala pengelasan. Sementara validasi model berdasarkan AUC (area under the curve) menunjukkan keputusan yang diperolehi adalah adalah baik dan boleh diterima pakai. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah GIS dan AHP dalam mengenal pasti kawasan berisiko tanah runtuh di kawasan Kota Kinabalu adalah sangat signifikan dalam meramal dan mengawal fenomena tanah runtuh berbanding dengan kaedah yang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Geographic Information System (GIS), phenomenon of landslides, Analytical Hierarchy Process (AHP), typology of land, slope, land use
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
Department: INSTITUTE > Biotechnology Research Institute (BRI)
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 29 Dec 2017 06:36
Last Modified: 29 Dec 2017 06:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11331

Actions (login required)

View Item View Item