Saizalina Saiman (2007) Penilaian jenis bayam bagi pengeluaran snek. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Full text not available from this repository.Abstract
Kajian merangkumi penilaian ke atas dua jenis bayam yang blasa terdapat di Malaysia bagi pengeluaran "snek". Kedua-dua jenis bayam tersebut berasal dan famili "Amaranthaceae" iaitu "bayam hijau" (A. oleraceae L) dan "bayam merah" (A. gangeticus L). Kandungan tenaga bagl snek bayam hijau adalah lebih tinggl iaitu 463.21 kcal berbanding snek bayam merah iaitu 449.63 kcal. Nilai pemakanan yang terkandung di dalam snek bayam merah adalah sebanyak 5.41% kandungan kelembapan, 1.78% abu, 5.40% protein, 15.99% lemak, 0.39% serabut kasar dan 71.03% karbohidrat Manakala snek bayam hijau mempunyai nilai pemakanan sebanyak 5.00% kandungan kelembapan, 1.86% abu, 3.92% protein, 18.57% lemak, 0.55% serabut kasar dan 70.10% karbohidrat Hasil ujian penilaian sensori skala hedonik menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) antara atribut warna dan saiz. Atribut kerangupan, rasa daun bayam dan penerimaan keseluruhan tidak menunjukkan perbezaan signifikan (p>0.05). Ujian perbandingan berganda menunjukkan snek bayam yang dihasilkan masih boleh diterima sehingga penyimpanan selama enam hari. Peratus penyerapan minyak bagi snek bayam hijau dan snek bayam merah adalah tidak jauh berbeza iaitu masing-masing sebanyak 12.23% dan 12.28%. Snek bayam hijau adalah sampel yang terbaik berbanding snek bayam merah melalui hasil penilaian sensori terhadap panel dengan penerimaan sedikit tinggi dengan perbezaan yang tidak ketara temadap atribut warna, saiz, kerangupan, rasa daun bayam dan penerimaan keseluruhan snek bayam hijau.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | spinach, snack, nutritional value, oil absotption |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Sep 2015 13:26 |
Last Modified: | 01 Sep 2015 13:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11512 |
Actions (login required)
View Item |