Perkembangan sebuah risalah tentang pemakanan dan kesihatan remaja

Foong, Kok Hong (2007) Perkembangan sebuah risalah tentang pemakanan dan kesihatan remaja. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002612.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menyediakan sebuah risalah sebagai panduan pemakanan dan kesihatan remaja. Di samping itu, status pemakanan dan kesihatan para remaja akan ditinjau serta mengkaji tahap pengetahuan remaja terhadap pemakanan dan kesihatan selaras dengan umur mereka. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah All Saints dengan menggunakan borang soal selidik bersama dengan risalah yang diperkembangkan. Subjek kajian ini adalah seramai 288 responden yang berumur daripada 13 hingga 19 tahun di mana 131 (45.48%) adalah lelaki manakala 157 (54.52%) adalah perempuan. Data yang terkumpul dianalisis dengan SPSS. Daripada 300 responden, sebanyak 288 (96%) responden yang menerima risalah yang diperkembangkan. Penilaian majoriti responden terhadap risalah adalah sederhana iaitu sebanyak 115 (39.9%),70 (24.3%) baik, 55 (19.1%) memuaskan, 6 (9%) sangat baik dan 22 (7.6%) tidak memuaskan. Didapati 93 (32.3%) responden yang dikategorikan sebagai berat berkurangan, 171 (59.4%) dalam berat yang normal, 16 (5.6%) dalam risiko berat berlebihan dan 8 (2.8%) adalah berat berlebihan dengan berdasarkan carta pertumbuhan CDC. Dari segi tahap pengetahuan terhadap pemakanan dan kesihatan, 146 (50.7%) responden mendapat skor 15-19,108 (37.5%) mencatat skor 10-14 dan 34 (11.8%) mendapat skor 20-24. Ujian khi kuasa dua antara kategori BMI responden dengan skor responden adalah X² = 17.795, df = 6 dan p = 0.007. Ujian kolerasi antara skor responden dengan julat umur responden adalah 0.867. Kesimpulannya, risalah yang diperkembangkan diterima oleh responden yang mempunyai status kesihatan yang memuaskan dari segi berat serta pengetahuan yang sederhana.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: booklet, nutrition and health, adolescents, age
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Aug 2015 12:13
Last Modified: 27 Oct 2017 09:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11558

Actions (login required)

View Item View Item