Law, Tatrick Tieu Lung (2013) Penggunaan Geometer's Sketchpad (GSP) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik tambahan tajuk fungsi kuadratik. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Copy_of_mt0000000606.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah mengenai kesan penggunaan Geometer's Sketchpad (GSP) terhadap pencapaian akademik murid dalam Matematik Tambahan tajuk Fungsi Kuadratik. Seramai 32 orang murid di salah sebuah sekolah menengah di kawasan luar bandar negeri Sabah terlibat dalam kajian ini. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan causal comparison di mana teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan GSP diaplikasikan kepada murid yang terlibat dan data yang diperolehi dianalisis dengan ujlan-t untuk melihat keberkesanan penggunaan GSP. Hasil kajlan menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam pencapaian akademik sebelum dan selepas didedahkan kepada penggunaan GSP. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar seperti GSP adalah dicadangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat menggalakkan lebih ramai pendidik berusaha meningkatkan penggunaan alat bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | GSP usage, student achievement, Quadratic Function, Additional Mathematics, Qusal comparison approach, teaching and learning |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 15 Oct 2015 16:37 |
Last Modified: | 07 Nov 2017 15:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11801 |
Actions (login required)
View Item |