Hubungan efikasi pengajaran, pengetahuan pedagogi isi kandungan dengan sikap dan motivasi murid terhadap usaha peningkatan prestasi di SMKA Negeri Sabah.

Irine Molipat @ Nursharina Abdullah (2013) Hubungan efikasi pengajaran, pengetahuan pedagogi isi kandungan dengan sikap dan motivasi murid terhadap usaha peningkatan prestasi di SMKA Negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Copy_of_mt0000000610.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara komponen efikasi pengajaran dan pengetahuan pedagogi isi kandungan terhadap sikap dan motivasi murid di Sekolah Menegah Kebangsaan Agama di negeri Sabah. Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap efikasi pengajaran, pengetahuan pedagogi isi kandungan terhadap sikap dan motivasi murid dalam usaha peningkatan perstasi pembelajaran berdasarkan kelayakaan ikhtisas, pengalaman mengajar dan jantina. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan Kaedah korelasi-deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 210 orang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Agama di negeri Sabah yang dipilih secara rawak berstarifikasi. Satu set soal selidik yang mengandungi lima puluh satu item menggunakan skala likert telah dledarkan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Item soal Selidik Efikasi pengajaran telah diadaptasi daripada soal Selidik “Teacher efficacy scale� (TES) yang dibangunkan oleh Gibson dan Dembo (1984). Soal Selidik Pengetahuan pedagogi lsi kandungan pula, diadaptasi daripada model pengetahuan pedagogi isi kandungan oleh Grossman (1990) dan Nurlisa dan Zaleha (2008). Manakala item soal selidik sikap dan motivasi murid yang telah digunakan oleh Senin B. Khamis, Sainah binti Moktar (2004) dan Abdullah Musa (2000). Data-data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Program for Social Science (SPPSS). Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti min, kekerapan dan sisihan piawal, Korelasi pearson, Independent Sampel T-Tes, ANOVA sehala dan regresi pelbagal digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan positif yang kuat antara efikasi pengajaran (r =.513, p<.05) dan pengetahuan pedagogi isi kandungan (r= .511, p<.05) Ujian Indepent sampel T- Tes dan ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara efikasi pengajaran dan pengetahuan pedagogi isi kandungan dengan sikap dan motivasi pelajar terhadap usaha peningkatan PI estasi pembelajaran berdasarkan Ikhtisas, pengalaman dan jantina guru. Analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa efikasi pengajaran guru dan pengetahuan pedagogi isi kandungan menunjukkan hubungan yang saling mempengaruhi dengan sikap dan motivasi murid dengan sumbangan yang rendah iaitu 23% dan 26%. (v) semua komponen efikasi pengajaran dan pengetahuan pedagogi juga hanya memberikan sumbangan yang rendah terhadap sikap dan motivasi murid terhadap usaha peningkatan prestasi pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: teaching efficacy, pedagogical content knowledge, student attitude, motivation, learning achievement
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Oct 2015 16:35
Last Modified: 07 Nov 2017 15:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11805

Actions (login required)

View Item View Item