Hellmye Dell (2010) Pemetaan dan corak taburan ciri-ciri fiziko - kimia air di kawasan luar Teluk Sulaman, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002890.pdf Download (629kB) | Preview |
Abstract
Satu kajian berkaitan kualiti air di kawasan luar Teluk Sulaman, Tuaran telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah mengetahui taburan, perbezaan corak taburan dan mengetahui secara statistic variasi parameter yang dikaji dengan pensampelan dan stesen yang berbeza. Sebanyak enam parameter fiziko-kimia air laut dikaji di kawasan kajian iaitu suhu, saliniti; pH; oksigen terlarut (DO), kekonduksian dan kejernihan air laut Parameter seperti suhu, saliniti, pH, oksigen terlarut (DO) dan kekonduksian diukur secara in situ menggunakan Hannah Multi Parameter (Model HI 9828) manakala kejemihan air turut diukur secara in situ menggunakan Secchi dish. Pensampelan air laut telah dijalankan sebanyak tiga kali pada tarikh yang berbeza di tiga transek (9 stesen pensampelan) di kawasan kajian. Ujian Kruskal-walis menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan diperhatikan antara pensampelan yang berbeza untuk semua parameter yang dikaji kecuali parameter kejemihan air laut. Manakala tiada perbezaan yang signifikan antara stesen-stesen pensampelan untuk semua parameter yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan faktor utama yang mempengaruhl taburan parameter fiziko-kimia yang dikajl di kawasan kajian ialah monsun, arah pergerakan air dan aliran air tawar dan Sungai Tuaran dan Sungai Papar.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | water quality, seawater, physico-chemical parameters, Kruskal-walis test |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 30 Jun 2016 09:58 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 10:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13010 |
Actions (login required)
View Item |