Pembangunan minuman air kelapa muda campuran rumpai laut (Kappaphycus Alvarezii)

Teo, Chai Pin (2015) Pembangunan minuman air kelapa muda campuran rumpai laut (Kappaphycus Alvarezii). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002965.pdf

Download (777kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan satu formulasi terbaik produk minuman air kelapa muda campuran rumpai laut, Kappaphycus alvarezii. Tiga formulasi iaitu Fl, F5 dan F7 telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dibangunkan dalam Ujian Pemeringkatan (BIB). Ujian skala hedonik dijalankan dan F7 telah dipilih sebagai formulasi terbaik. Formulasi F7 yang mengandungi 75% air kelapa muda wangi (Pandan), 5% rumpai laut, 5% gula dan 15% air telah mencatat nilai min skor yang tertinggi bagi semua atribut yang diuji berbanding Fl dan F5. Nilai pH, °Briks dan kandungan keasidan tertitrat bagi F7 adalah 5.17 ± 0.26, 9.80 ± 0.00 dan 0.05 ± 0.01. Hasil keputusan bagi penentuan kandungan proksimat dan mineral menunjukkan formulasi terbaik (F7) mempunyai perbezaan yang signifikan (p<0.05) berbanding formulasi kawalan (tanpa rumpai laut). F7 mengandungi 89.38 ± 0.12 kelembapan, 0.58 ± 0.01 abu, 0.17 ± 0.03 lemak, 0.08 ± 0.00 protein, 0.55 ±0.07 serabut kasar, 9.24 ± 0.20 karbohidrat dan jumlah tenaga 38.83 ± 0.60 kcal bagi 100ml produk segar. Berdasarkan keputusan mineral,minuman formulasi terbaik segar mempunyai nisbah NajK yang rendah dan mengandungi kalium, natrium dan kalsium yang tinggi. Fizikokimia bagi produk yang disimpan pada suhu 4 ± 1 DC menunjukkan penurunan nilai min pH (4.88 ± 0.29) dan nilai min DBriks (9.27 ± 0.12) dan peningkatan nilai min keasidan tertitrat (0.12 ± 0.01) sepanjang tempoh 4 hari penyimpanan (p<0.05). Ujian mikrobiologi menunjukkan minuman masih selamat diminum dalam masa 4 hari pada suhu 4 ± 1 DC dengan masing-masing mempunyai 2.52 x 105 CFUjml bagi PCA dan 8.85 x 103 CFUjml bagi PDA. Ujian perbandingan berganda terhadap produk yang disimpan dalam keadaan yang sama menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) dalam kebanyakan atribut yang diuji, di mana menunjukkan para panel kurang menerima produk akhir yang telah disimpan selama 4 hari berbanding dengan procluk segar. Oleh itu, produk mempunyai jangka hayat selama 4 hari. Menerusi ujian pengguna, minuman ini mempunyai potensi pasaran yang tinggi dengan sebanyak 53% pengguna akan membeli, 39% pengguna mungkin membeli sekiranya dikomersialkan. Kesimpulannya, satu formulasi terbaik minuman air kelapa campuran rumpai laut telah dihasilkan dan penambahbaikan produk minuman perlu dilaksanakan agar jangka hayat produk dapat dipanjangkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seaweeds, pandan coconuts , Staging Test (BIB)
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 May 2016 13:18
Last Modified: 30 Oct 2017 10:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13145

Actions (login required)

View Item View Item