Pelaksanaan audit halal dalaman kalangan industri makanan di Kota Kinabalu

Nadiah Binti Kumaldin (2014) Pelaksanaan audit halal dalaman kalangan industri makanan di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002982.pdf

Download (642kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji pelaksanaan audit halal dalaman dalam kalangan industri makanan di Kota Kinabalu. Kajian ini dilakukan menggunakan borang kaji selidik. Kesemua scalan dalarn borang kaji selidik diolah berdasarkan Malaysian Standard 1500: 2009. Jumlah responden yang terpilih dalam kajian penyelidikan ini ialah 100 orang yang terdiri daripada pekerja industri makanan yang terlibat dengan audit halal. Daripada ujian taburan frekuensi, didapati majoriti responden mempunyai amalan harian kebersihan yang baik dan mengikut arahan audit halal iaitu 72% (72) responden dan 28% (28) responden mempunyai amalan harian kebersihan yang kurang baik. Bagi tahap pengetahuan pekerja industri rna kanan, seramai 85% (85) responden mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pensijilan dan audit halal dan 15% (15) responden mempunyai pengetahuan yang rendah. Dari segi kualiti produk yang dihasilkan pula, 92% (92) responden menunjukkan produk yang dihasilkan oleh industri rnakanan yang telah diberi pensijilan halal adalah berkualiti dan 8% (8) responden menunjukkan procluk tidak berkualiti. Didapati terdapat hubungan yang signifikan iaitu p=0.043 «0.05) di antara tahap pengetahuan pekerja tentang pensijilan dan audit halal dengan jantina responden. Ujian korelasi pula menunjukkan, amalan harian pekerja dengan kualiti produk mempunyai hubungan korelasl yang kuat, di mana nilai r=0.72 manakala, korelasi di antara pengetahuan pekerja dan kualiti produk adalah sederhana, di mana nilai r=0.566. Kesimpulannya, pelaksanaan audit halal dalaman dalam kalangan industri makanan di Kota Kinabalu ini dapat membuktikan bahawa pekerja industri makanan mempunyai amalan harian kebersihan yang baik, penget.ahuan yang tinggi tentang pensijilan dan audit halal serta produk yang dihasilkan adalah berkualiti

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Internal halal audit, halal certification , food ingredient ,Malaysian Standard 1500: 2009
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Jun 2016 14:47
Last Modified: 30 Oct 2017 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13429

Actions (login required)

View Item View Item