Kesan vermikompos dan perbandingan baja vermikompos dengan baja organik komersial lain ke atas pertumbuhan sayur sawi bunga (Brassica chillensis)

Benny Franklin Hartheman (2008) Kesan vermikompos dan perbandingan baja vermikompos dengan baja organik komersial lain ke atas pertumbuhan sayur sawi bunga (Brassica chillensis). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003069.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan pemberian baja vennikompos dan membandingkan keberkesanan antara baja vermikompos, baja tahi ayam dan baja tahi kambing terhadap ketinggian, bilangan daun, berat basah dan berat kering Brassica chinensis. Kajian mempunyai empat rawatan dan direplikasi sebanyak empat kali dengan reka bentuk rawak lengkap. Rawatan yang digunakan adalah kawalan, baja vermikompos, baja tahi ayam dan baja tahi kambing. Hasil kajian mendapati baja tahi kambing memberikan ketinggian terbaik (23.3cm) berbanding baja tahi ayam (20.23cm), baja vermikompos (20.1cm) dan kawalan (11.6cm). Bagi bilangan daun, didapati baja tahi kambing memberikan bilangan daun terbanyak (9 helai) berbanding baja vennikompos (8 helai), baja tahi ayam (8 helai) dan kawalan (6 helai). Berat basah bahagian atas terbaik dihasilkan oleh rawatan baja tahi kambing (21.63g) berbanding baja tahi ayam (17.6g), baja vermikompos (15.25g) dan kawalan (3.04g). Bagi berat basah akar, baja tahi ayam memberikan berat (3.65g) yang terbaik berbanding baja tahi kambing (2.79g), baja vennikompos (3.28g) dan kawalan (0.88g). Bagi berat kering bahagian atas, Baja tahi kambing memherikan berat (4.08g) terbaik herbanding baja vermikompos (3.24g), baja tahi ayam (2.67g) dan kawalan (0.79g). Bagi herat kering akar, baja vermikompos memberikan herat (1.37g) yang terbaik herbanding baja tahi ayam (1.12g), baja tahi kambing (1.14g) dan kawalan (0.27g). Keputusan kajian menunjukkan baja vermikompos memberi kesan positif keatas pertumbuhan Brassica chinensis dan mendapati baja tahi kambing adalah baja yang terbaik berbanding baja tahi ayam dan baja vermikompos.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: vermicompost fertilizer, chicken dung fertilizer, goat dung fertilizer, height, leaves, dry weight
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Aug 2016 14:15
Last Modified: 20 Nov 2017 11:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13684

Actions (login required)

View Item View Item