Farah Amirah Mat Deris (2010) Terubahsuai bagi masalah nilai sempadan dua titik peringkat kedua. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000003107.pdf Download (650kB) | Preview |
Abstract
Menerusi kajian yang lepas, spline tak polinomial kubik telah menunjukkan salah satu penyelesaian yang cekap dalam menyelesaikan sistem persamaan linear bagi masalah nilai sempadan dua titik peringkat kedua. Justeru itu, dalam disertasi ini, kecekapan kaedah lelaran Pengenduran Berlebihan Berturut-turut Terubahsual dengan dua parameter berpemberat ω dan ω’ bersama-sama dengan kaedah lelaran Gauss-Seidal dan kaedah lelaran pengenduran berlebihan berturut-turut dikaji dalam menyelesaikan sistem persamaan linear bagi penyelesalan spline tak polinomial kubik. Untuk mencari kaedah yang terbaik, tiga perkara yang dititikberatkan lalah bilangan lelaran yang paling minimum, masa leIaran yang paling pantas dan ralat mutlak maksimum yang paling minimum. Ujikaji berangka ke atas permasalahan juga diberi untuk mengilustrasikan bahawa kaedah lelaran pengenduran Berlebihan Berturut-turut Terubahsuai adalah lebih baik berbanding kaedah-kaedah lain yang terlibat dalam kajian ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cubic non-polynomial spline, linear equations, Successive Overrelaxation (SOR) |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Aug 2016 09:18 |
Last Modified: | 13 Nov 2017 10:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13725 |
Actions (login required)
View Item |