Masa depan kerjaya, perhubungan kekeluargaan dan pengangan hidup sebagai motif ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Norazah Mohd Suki and Muhammad Safuan Yusoff and Irma Wani Othman and Rudy Adie Razak (2016) Masa depan kerjaya, perhubungan kekeluargaan dan pengangan hidup sebagai motif ekspatriasi akademik ekspatriat berdikari di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 10. pp. 101-114. ISSN 1985-482X

[img]
Preview
Text
Masa_depan_kerjaya.pdf

Download (48kB) | Preview
[img]
Preview
Text
MASA DEPAN KERJAYA, PERHUBUNGAN.pdf

Download (202kB) | Preview

Abstract

Fenomena kebanjiran tenaga kerja profesional luar negara yang memperlihatkan peningkatan pesat secara langsung memberi kesan terhadap Malaysia sebagai sebuah negara membangun. Salah satu sektor menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan tenaga profesional dari luar negara datangnya dari sektor pendidikan tinggi iaitu golongan ekspatriat akademik antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA). Kajian ini bertujuan mengenalpasti motif yang dipertimbangkan oleh akademik ekspatriat berdikari berekspatriasi, secara umumnya ke Malaysia dan secara khususnya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pemilihan kaedah kualitatif melalui kajian ke atas tiga puluh orang akademik ekspatriat berdikari di UIAM, terlibat secara sukarela untuk ditemubual melalui kaedah temubual semi struktur. Hasil dapatan penyelidikan mendapati terdapat tiga motif utama iaitu pendorong pertama adalah “Masa Depan Kerjaya UIAM� yang merujuk kepada (i) Peluang Bekerjaya; (ii) Pembangunan Kerjaya; (iii) UIAM Universiti Bertaraf Antarabangsa; (iv) Bahasa Inggeris Bahasa Pengantar Berkomunikasi dan (v) Sistem Pendidikan Negara Asal Tidak Progresif. Seterusnya motif kedua merujuk kepada “Perhubungan Kekeluargaan� iaitu (i) Pengaruh Ibu bapa, (ii) Keperluan Anak-anak dan (iii) Sokongan Pasangan Hidup. Manakala motif ekspatriasi ketiga adalah “Pegangan Hidup� merujuk kepada (i) Falsafah, Visi dan Misi UIAM; (ii) Status Malaysia Negara Islam; (iii) Kepercayaan Agama dan (iv) Ekses kepada Sumber Makanan Halal. Tiga motif utama tersebut adalah fokal perbincangan serta berperanan sebagai daya penarik pemilihan Malaysia sebagai sebuah negara bertepatan dalam mencorak pembangunan kerjaya akademik ekspatriat berdikari. Hasil kajian ini memberi sumbangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM dalam merangka pelbagai dasar pengantarabangsaan dan input dalam menggalakkan kakitangan antarabangsa terus berkhidmat di sektor pendidikan tinggi negara ini.

Item Type: Article
Keyword: expatriation Motif , Independence expatriates Academic, International Islamic University Malaysia (IIUM), career future , Family Relationships, life withholding
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
H Social Sciences > HM Sociology (General)
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Jan 2017 11:23
Last Modified: 09 Nov 2020 16:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15295

Actions (login required)

View Item View Item