Kuhan Raj Mariyan Periya Nayagam (2015) Komponen kimia daun pokok bakau yang dimakan oleh monyet belanda (NASALIS LARVATUS) di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Komponen kimia daun pokok bakau yang dimakan.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Nasalis larvatus atau lebih dikenali sebagai monyet belanda menghabiskan lebih masa di dalam hutan bakau. Pokok bakau menjadi ekosistem yang mempunyai pelbagai penggunaan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui komponen kimia dalam daun pokok bakau yang dimakan oleh monyet belanda. Spesis Excocaria indica mempunyai pati minyak kasar dan pati protein yang lebih berbanding dengan spesis pokok bakau yang lain. Spesis tersebut juga mempunyai kuantiti fenol yang banyak. Kuantiti fenol yang banyak boleh mempunyai sifat antioksidan. Sifat antioksidan ini boleh jadikan juga sebagai bahan untuk pencegah kanser atau kenali sebagai antikanser. Selain itu, bahan sebatian sekunder seperti Palmitic acId methyl ester (63.85%), Stearic acid methyl ester (94.14%), Tetracontane (144.97%), Tetratriacontane (131.45%) dan Hexatricontane (83.34%) boleh didapati dalam daun pokok bakau. Komponen tersebut boleh digunakan dalam kehidupan manusia untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia. Daun pokok bakau muda mempunyai tahap kelembapan yang berlebihan berbanding dengan daun pokok bakau matang. Tambahan pula, daun pokok bakau matang mempunyai bahan organik yang berlebihan berbanding dengan daun pokok bakau muda.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | mangroves tree, Excocaria indica, Nasalis larvatus |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 20 Nov 2017 10:08 |
Last Modified: | 20 Nov 2017 10:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16878 |
Actions (login required)
View Item |