Anwar Tawe (2015) Kesan komposisi kulit udang yang berbeza dalam tanah terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus Viridis). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
KESAN_KOMPOSISI_KULIT_UDANG_YANG_BERBEZA_DALAM_TANAH.pdf Download (712kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestarl di bawah rumah lindungan hujan, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan. Kajian ini di jalankan untuk menentukan kesan penggunaan kulit udang dan NPK terhadap pertumbuhan dan hasil pokok bayam (Amaranthus virdis). Rekabentuk kajian yang di gunakan adalah rekabentuk blok rawak lengkap Komposisi kulit udang mempunyai kandungan kitin (polsakarida) yang tinggi dan beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh tanah. Polisakarida ini dikatakan boleh bertindak sebagai pembaik tanah dan menyuburkan tanah bagi penanaman tumbuhan. Kajian inl bertujuan untuk mengenalpasti kesan komposisi kulit udang yang berbeza di dalam tanah terhadap pertumbuhan dan hasil bayam merah (Amaranthus viridis). Hasil daripada kajian yang dijalankan perbezaan yang ketara di tunjukkan pada ketinggian, bilangan daun, ukurlilit berat kering dan berat basah pokok pada hari ke 17 selepas pemindahan pokok pada medium. Untuk ketinggian pokok ketinggian untuk rawatan 0% kulit udang dan 100% NPK adalah yang terbaik dengan kadar ketinggian adalah 62.58cm dan yang paling rendah adalah 15% kuJit udang dan 100% NPK dengan kadar ketinggian 21.32cm. Untuk bilangan daun pokok, 0% kulit udang dan 0% NPK adalah yang terbaik dengan purata bilangan daun sebanyak 47.2 helai dan yang paling rendah adalah 15% kulit udang dan 100% NPK dengan purata sebanyak 17.4 helai. Untuk ukur lilit pokok 0% kulit udang dan 0% NPK adalah yang terbaik dengan purata ukurlilit 14.4 mm dan yang paling rendah adalah 15% kulit udang dan 100% NPK dengan purata sebanyak 5.04 mm. untuk berat basah pucuk rawatan yang mengandungi 0% kulit udang dan 100% NPK adalah rawatan yang mempunyai berat paling tinggi iaitu 74.36 9 dan yang paling rendah adalah pada rawatan 15% kulit udang dan 100%NPK (iaitu 5.17 g. Daripada kajian yang dijalankan, sebagai cadangan penggunaan 5% kulit udang tanpa menggunakan NPK untuk tanaman bayam hijau (Amaranthus viridis) disyorkan kerana purata berat basah bahagian atas bayam dan ketinggian pokok adalah baik dan lebih mesra alam.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Rain shelter, nutrients, polysaccharides, NPK |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 05 Jul 2017 09:59 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 15:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17101 |
Actions (login required)
View Item |