Hubungan antara amalan kepimpinan strategik dan kepimpinan transformasi pengetua dengan sekolah

Justin Ingin (2008) Hubungan antara amalan kepimpinan strategik dan kepimpinan transformasi pengetua dengan sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara amalan.pdf

Download (18MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan di Sabah. Sejumlah 251 orang responden (guru-guru), sampel dari 16 buah sekolah menengah di bawah PPG Sanclakan, terlibat dalam kajian ini. instrumen utama pengumpulan data merupakan soal selidik yang mengandungi 40 item bertujuan mendapatkan respon tentang kepimpinan strategik, kepimpinan transformasi dan sekolah berkesan. Tiga hipotesis telah dikemukakan dalam kajian ini dan telah diuji dengan statistik inferensi menggunakan korelasi Pearson dan regresi dengan paras signifikan p<0.05 Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan. Analisis regresi menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua lebih banyak menyumbang (lebih berpengaruh) kepada sekolah berkesan berbanding dengan kepimpinan strategik. Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan juga telah dipersembahkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: correlation, strategic leadership, transformational leadership, school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:15
Last Modified: 20 Nov 2017 10:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17504

Actions (login required)

View Item View Item