Dg.Mahani Ahmad (2013) Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran Dan.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang yang disarankan untuk dilaksanakan oleh pengetua/guru besar sebagai “Instructions Leader”. Ini sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/ 1987 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang menitikberatkan bahawa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab penuh pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah. Melalui proses penyeliaan pengetua/guru besar akan dapat melihat keadaan sebenar yang berlaku di bilikbilik darjah dan diharap guru-guru dapat dibimbing, dapat mempertingkatkan prestasi pengajaran dan dapat memupuk semangat untuk bekerja dengan lebih efektif. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk melihat perkaitan antara elemen-elemen kualiti penyeliaan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu elemen pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kualiti penyeliaan tersebut dengan efikasi guru. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti bentuk dan amalan penyeliaan di sekolah kajian serta persepsi guru terhadap penyeliaan. Kajran ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik yang dilakukan ke atas 50 buah sekolah rendah di daerah Papar yang dipilih secara rawak dengan 291 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah. Oapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru (r= 0.30). Manakala hubungan antara ketuga-tiga elemen kualiti penyeliaan juga berada tahap yang sangat kuat (r=0.90) iaitu pengetahuan dengan kemahiran interpersonal. Perkaitan yang sederhana wujud antara pengetahuan dengan kemahiran teknikal dan kemahiran teknikal dengan kemahiran interpersonal (r=0.78). Justeru, dapatan ini menunjukkan semakin berkualiti sesuatu penyeliaan maka tahap efikasi dan persepsi guru juga akan meningkat dan sekaligus merupakan pemangkin kepada keberkesanan sesebuah sekolah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | supervision quality, teaching and learning, knowledge, interpersonal skills, technical skills, teacher efficacy |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Nov 2017 13:14 |
Last Modified: | 23 Nov 2017 13:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17609 |
Actions (login required)
View Item |