Siti Aminah Beddu (2013) Amalan kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan pengurusan LINUS di sekolah rendah - daerah Lahad Datu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Amalan kepimpinan transformasi.pdf Download (15MB) | Preview |
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan amalan kepimpinan transformasi berdasarkan empat dimensi dan hubungannya dengan pengurusan LINUS berasaskan dimensi peranan Guru Besar, guru dan PIBG di 10 buah sekolah yang terletak di kawasan bandar daerah Lahad Datu. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat penilaian guru terhadap amalan kepimpinan transformasi oleh Guru Besar dalam pengurusan LINUS berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian ini yang berbentuk kuantitatif deskritif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik dengan menggunakan soal selidik "Transformasional Leadership Behavior Inventory dan Soal selidik bagi Pengurusan LINUS menggunakan Soal Selidik Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Nilai Alpha Crombach dalam kajian rintis ialah . 891 bagi soal seiidik amalan kepimpinan transformasi dan . 836 bagi soal selidik Pengurusan LINUS Sampel kajian ini adalah seramai 97 orang guru yang mengajar di 10 buah sekolah yang terletak di kawasan bandar Daerah Lahad Datu. Analisis data dilakukan dengan menggunakan SPSS versi 17.0. Penganalisisan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, skor min, sisihan plawal, One Way ANOVA dan analisis Korelasi Pearson dengan penetapan aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi pada keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi manakala pengurusan LINUS juga berada pada tahap yang tinggi untuk ketiga-tiga dimensi yang terdapat dalam pengurusan LINUS. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi berdasarkan empat dimensi dengan pengurusan LINUS yang berdasarkan peranan Guru Besar, peranan guru dan peranan PIBG. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut adalah pada tahap yang lemah. Kajian ini mencadangkan agar Guru Besar perlu meningkatkan kecekapan dalam mempraktikkan amalan kepimpinan transformasi dalam pengurusan beberapa program transformasi dalam sistem pendidikan negara memandangkan sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah berdasarkan kehendak dan aspirasi negara.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | leadership, LINUS management, head of teacher, parents, Teacher Association, teaching experience |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Nov 2017 12:56 |
Last Modified: | 23 Nov 2017 12:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17626 |
Actions (login required)
View Item |