Nur Syafiah Mohd Isa (2014) Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah menengah persendirian cina: satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Penguasaan Bahasa Melayu.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menerokai mengenai penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sebuah sekolah menengah persendirian Gna dalam daerah Lahad Datu, Sabah yang melibatkan tiga informan terdiri daripada dua orang pelajar dan seorang guru. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor penguasaan Bahasa Melayu pelajar etnik Cina dan objektif kedua untuk melihat sejauh mana masalah penguasaan pelajar tersebut dari segi pertuturan dan penulisan. Seterusnya, objektif terakhir pula untuk meninjau teknik pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru terhadap pelajar etnik Cina. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes. Proses pengutipan data pula dilakukan secara berperingkat dimulakan dengan kaedah pemerhatian di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat pola perlakuan dan respon informan yang terlibat dalam kajian ini. Selepas peringkat pemerhatian selesai, kaedah temu bual secara separa struktur dilaksanakan untuk mendapatkan hasil kajian. Daripada kajian, beberapa faktor seperti faktor sikap, faktor persekitaran, faktor motivasi instrumental, faktor bahasa ibunda, dan faktor keluarga telah dikenal pasti berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu pelajar etnik Gna. Terdapat masalah penguasaan bahasa Melayu dari segi pertuturan melibatkan kesalahan tatabahasa. Manakala teknik pengajaran guru membuktikan pelajar turut mengalami masalah penulisan. Dengan adanya kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru Bahasa Melayu untuk mencari teknik yang bersesuasanb agi mengajar pelajar etnik Gna agar mencapask ecemerlangand alam Bahasa Melayu. Implikasi seterusnya kepada pihak sekolah untuk menyediakan bantuan dari segi alat bantu mengajar agar suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dapat dswujudkan. Implikasi kajian terakhir kepada para pelajar kerana apabila masalah penguasaan Bahasa Melayu disebabkan oleh faktor sikap dan faktor bahasa ibunda, maka pelajar perlu mengubah sikap negatif kepada sikap positif dalam penerimaan pengajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga harus mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan bagi memperbaiki masalah yang dihadapi
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | mastering, Malay language, Chinese Independent School, Chinese ethnic student |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 23 Nov 2017 12:44 |
Last Modified: | 23 Nov 2017 12:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17627 |
Actions (login required)
View Item |