Pengurusan kurikulum di kalangan ketua panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah

Laimah Sungap (2005) Pengurusan kurikulum di kalangan ketua panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengurusan kurikulum di kalangan ketua.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk menjelaskan tahap pengurusan kurikulum dad aspek pengetahuan dan kemahiran, perancangan, kepimpinan, pengelolaan dan pemantauan serta pengawalan dan peniiaian, di kalangan KP M/P yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di Daerah Keningau. Kajian ini melibatkan 7 buah sekolah dan 49 responden yang terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai KP M/P teras sahaja. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Soal selidik di bahagikan kepada dua bahagian; 1). Latar belakang responden: Jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman memegang jawatan KP sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan 2). Berkaitan dengan pengurusan kurikulum tahunan di kalangan KP M/P sebagai pemboleh ubah bersandar. Permarkatan dilakukan berpandukan skala likert. Ujian rintis dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan item. Nilai keseluruhan Alpha Cronbach ialah 0.9229. Pemprosesan data dilakukan dengan menggunakan SPSS 11.5 (Statistical Package for Social Science). Data diterjemah dalam bentuk taburan kekerapan, peratusan dan min melalui pendekatan deskriptif. Interprestasi skor min digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian. Pada keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap pengurusan kurikulum di kalangan KP M/P sekolah menengah yang terdapat di Daerah Keningau berada pada tahap yang tinggi atau berkesan. Kecuali dari aspek tahap pengetahuan dan kemahiran mengurus kurikulum, kajian mendapati bahawa tidak semua KP M/P yang terdapat di sekolah menengah di Daerah Keningau memiliki tahap pengetahuan yang tinggi. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, dicadangkan kepada pihak berkenaan agar memastikan KP M/P yang dilantik dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khususnya berkaitan dengan kurikulum dari semasa ke semasa. Oleh kerana kajian ini merupakan kajian awal tentang tahap pengurusan kurikulum di daerah Keningau, maka galakan dan dorongan terhadap individu atau badan-badan tertentu yang berminat untuk membuat kajian lanjutan haruslah diberi sokongan sepenuhnya

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: curriculum management, knowledge and skills, planning, leadership, observation, organizing, controlling, assessment , Head of Panitia, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 12:43
Last Modified: 23 Nov 2017 12:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17643

Actions (login required)

View Item View Item