Irwanshah Jaffar (2014) Hubungan gaya pengajaran dan motivasi dengan pencapaian LINUS daerah Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Hubungan gaya pengajaran dan motivasi.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pengajaran dan motivasi dengan pencapaian murid LINUS di daerah Sandakan. Kajian ini terdiri daripada 250 orang sampel guru daripada 66 buah sekolah rendah di daerah Sandakan yang dipilih melalui proses rawak berstrata. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik iaitu Inventori Gaya pengajaran Grasha (1996) dan QMAT (A Questionaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency). Analisis data dijalankan melalui penggunaan Program IBM SPSS Statistics 21 Full. Analisis deskriptif seperti skor min telah digunakan bersama analisis inferens seperti korelasi bagi mendapatkan data kajian. Secara keseluruhanya, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan diantara gaya pengajaran dan motivasi terhadap pencapaian LINUS di daerah Sandakan. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan telah dikemukakan antaranya kajian yang melibatkan guru - guru yang bukan terlibat dalam program LINUS sebagai responden, meluaskan skop kajian ke daerah lain di Sabah dan membandingkan gaya pengajaran guru dan motivasi di Bandar dan luar Bandar.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | teachers teaching style, motivation, LINUS Program achievement |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 30 Nov 2017 14:15 |
Last Modified: | 30 Nov 2017 14:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17704 |
Actions (login required)
View Item |