Penggunaan CD interaktif AL-HIJAIYY dalam sebutan huruf hijaiyyah tunggal berbaris atas bagi meningkatkan pencapaian murid Tahun Satu

Musaddiqatul Husna Md. Akhir (2011) Penggunaan CD interaktif AL-HIJAIYY dalam sebutan huruf hijaiyyah tunggal berbaris atas bagi meningkatkan pencapaian murid Tahun Satu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan produk beraplikasikan multimedia yang dibangunkan oleh pengkaji iaitu AL-HDAIYY. ALHDAIYY dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk Model ADDIE. Kajian ini berbentuk kajian eksperimantel iaitu untuk mengetahui perbezaan pencapaian antara dua kumpulan melalui ujian pra dan pasca yang telah dijalankan. Sampel kajian adalah seramai 64 orang dari kalangan murid Tahun Satu sekolah rendah di bawah program j-QAF. Data telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t dua kumpulan bersandaran. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat penilaian guru terhadap ALHDAIYY. Sampel kajian adalah seramai 100 orang yang telah dipilih dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF sekolah rendah. Soal selidik diedarkan bagi mendapat maklumbalas mengenai AL-HIJAIYY. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian pasca kumpulan rawatan berbanding ujian pasca kumpulan kawalan. Manakala hasil analisis penilaian guru terhadap AL-H□AIYY pula menunjukkan purata min berada pada tahap yang tinggi bagi isi kandungan ALHIJAIYY, reka bentuk AL-HIJAIYY serta persepsi guru terhadap AL-H□AIYY. Oleh yang demikian, kajian ini menunjukkan AL-HIJAIYY mampu meningkatkan pencapaian murid dari segi sebutan huruf Hijaiyyah tunggal berbaris atas manakala dari segi penilaian guru pula menunjukkan bahawa AL-H□AIYY sesuai dan diterima menjadi bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Tilawah AL-Quran bagi Tahun Satu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Effectiveness, Multimedia, AL-HIJAIYY, ADDLE model design, Pupil, Primary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 30 Nov 2017 14:17
Last Modified: 02 Feb 2024 15:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17706

Actions (login required)

View Item View Item