Lee, Jen Shee Zee (2011) Pengurusan pengajaran guru dan infrastruktur ICT serta persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (956kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Guru seringkali diibaratkan sebagai pengurus dalam bilik darjah. Pengurusan pengajaran guru merupakan pedoman kepada guru dalam menguruskan bilik darjah. Sejajar dengan ledakan teknologi, mata pelajaran Information Comunication Technology (ICT) telah diperkenalkan kepada pelajar di peringkat menengah atas. Dengan penawaran mata pelajaran tersebut, kemudahan infrastruktur ICT menjadi elemen yang penting dalam pembelajaran. Maka kajian ini akan melihat hubungan di antara pengurusan pengajaran guru dengan kemudahan infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh sekolah. Di samping itu, kajian juga mengkaji tentang persepsi pelajar terhadap pengurusan pengajaran guru dan infrastruktur ICT. Analisis data dalam penyelidikan ini dibuat secara kuantitatif. Data dalam kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada 175 orang pelajar Tingkatan 4 dari enam buah sekolah menengah di daerah Kata Kinabalu. Instrumen kajian diadaptasi dari Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Shelby County Schools Rubric for Essential Conditions dan Rubric of Essential Technology Conditions (RETC). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan yang sederhana di antara pengurusan pengajaran guru, infrastruktur ICT dan persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT. Berdasarkan dapatan kajian, pengurusan pengajaran guru, infrastruktur ICT mempunyai pengaruh terhadap persepsi pelajar dalam mata pelajaran ICT.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Pengurusan pengajaran, Infrastruktur ICT, Sekolah, Persepsi |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
| Date Deposited: | 30 Nov 2017 14:17 |
| Last Modified: | 13 Jan 2026 08:48 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17707 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

