Unsur berahi dalam pantun kasih sayang Melayu Brunei di Sabah

Low, Kok On (2016) Unsur berahi dalam pantun kasih sayang Melayu Brunei di Sabah. Malay Literature, 29 (1). pp. 1-12.

[img]
Preview
Text
Unsur Berahi dalam Pantun Kasih Sayang Melayu Brunei di Sabah.pdf

Download (95kB) | Preview
[img]
Preview
Text
DEVELOPMENT AND VALIDATION.pdf

Download (320kB) | Preview

Abstract

Suku kaum Melayu Brunei telah menetap di sepanjang persisiran Pantai Barat Sabah sejak dari zaman awal Kesultanan Melayu Brunei lagi. Seperti suku kaum Melayu lain di Nusantara, berpantun ialah sebahagian daripada budaya mereka yang istimewa sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Dalam kerja lapangan yang telah dijalankan di beberapa buah kampung Melayu Brunei di sekitar pantai barat Sabah, sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang telah dirakamkan, ditranskripsi dan didokumentasi. Pantun kasih sayang yang terkumpul ini, antaranya menonjolkan unsur-unsur rasa rindu, jatuh hati, naik berahi dan hajat di hati untuk merisik dan meminang. Selain mendokumentasi sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang, tumpuan kupasan dalam makalah ini adalah terhadap unsur “berahi” yang terbayang dalam pantun kasih sayang orang Melayu Brunei. Selain itu, perbandingan terhadap pantun cinta Melayu Brunei di Sabah dengan pantun cinta Melayu dan Peranakan Tionghua terpilih juga akan dilakukan. Menerusi kupasan sedemikian, keistimewaan perasaan cinta dan berahi dalam budaya suku kaum Melayu Brunei di Sabah akan tertonjol kepada pembaca. Kata kunci: Melayu Brunei, pantun cinta, kasih sayang, unsur berahi

Item Type: Article
Keyword: Brunei Malay, loved pantun, affection, elements of lust
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 29 Jan 2018 23:01
Last Modified: 20 Dec 2020 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18502

Actions (login required)

View Item View Item