Sarkawi Salim (2009) Pengaruh peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan peranan jawatan kuasa disiplin terhadap pembentukan disiplin pelajar tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Pengaruh peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Secara umumnya kajan deskriftif ini adalah untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dan Jawatan Kuasa Pengurusan Disiplin Pelajar dengan pembentukan disiplin di kalangan pelajar tingkatan 5. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menegah bantuan penuh kerajaan di daerah Kota Kinabalu yang diplih secara rawak berstrata. Seramai 300 responden di ambil bagi mewakili 3868 kseluruhan populasi pelajar yang terdiri daripada berbagai aliran pendidikan bagi. 6 buah sekolah dipilih untuk melaksanakan kajian ini berdasarkan penjawat PK HEM dan Jawatan Kuasa Pengurusan Disiplin pelajar yang telah mantap. Daripada 300 responden dalan kajian ini 176 daripadanya terdiri daripada responden pelajar lelaki dan 124 orang responden pelajar perempuan. Kesemua responden mewakili pelajar yang mengambil elaktif Sains Tulin, Perdagangan dan Keusahawanan, kemanusiaan dan Teknik Vokasional sebagai aliran persekolahan mereka. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan set soal selidik yang di bangunkan oleh penyelidik sendiri berdasrkan soalselidik (School Discipline - Best Practice For Adminstrator) oleh Lois Rosen (1995). Instrumen kajian yang digunakan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A - Demografi responden, Bahagian B - pernyataan-pernyataan berhubung PK HEM, JK Disiplin dan Pelajar. Sebanyak 40 item pernyataan mudah yang perlu diberikan oleh responden dengan menggunakan 5 darjah skala likert. Data dapatan kajian dianalisa dengan menggunakan program SPSS Versi 15.0 (Statistical Package For Social Science). Dua ujian digunakan untuk menguji hipotesis yang telah digariskan dalam kajian ini iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian Regrasi Pelbagai. Objektif kajian ini secara khususnya untuk melihat hubungan peranan yang dimainkan oleh PK HEM dengan pembentukan disiplin dikalangan pelajar, melihat hubungan peranan yang dimainkan oleh JK pengurusan disiplin pelajar dengan pembentukan disiplin dikalangan pelajar dan melihat pengaruh peranan PK HEM dan JK Disiplin terhadap pembentukan disiplin di kalangan pelajar. Setelah analisis dilakukan hasil ujian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat di antara peranan yang dimainkan oleh PK HEM dan JK Pengurusan Disiplin dengan pembentukan disiplin dikalangan pelajar dengan masingmasing nilai r = 0.612 dan r = 0.532. Kedua-dua nilai signifikan menunjukkan p < 0.001. Manakala pengaruh pengaruh Peranan PK HEM dan JK Pengurusan Disiplin ke atas pembentukan disiplin pelajar dibuktikan melalui hasil ujian Regerasi Pelbagai menunjukkan bahawa terdapat pengaruh signifikan yang kuat dengan masing-masing nilai R.sq = 0.374 dan Rsq = 0.396. Ketiga-tiga Hipotesis not dalam kajian ini ditolak.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | secondary schools, PK HEM, role, students' discipline board |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 03 Feb 2018 21:52 |
Last Modified: | 03 Feb 2018 21:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18582 |
Actions (login required)
View Item |