Kausal Punjung (2013) Kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri pengetua sekolah menengah dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Kepemimpinan pengajaran .pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi terhadap efikasi kendirl dalam memainkan peranan kepemimpinan pengajaran pengetua di sekolah selaras dengan pengaruhnya terhadap pencapaian sekolah. Dua instumen secara tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini; pertama, "Principal Instruction Management Rating Scale" (PIMRS) dan kedua, "Principals' Sense of Etcacy Scale" (PSES). Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali Kebolehpercayaan alpha Cronbachi alah masing-masing0 .89 dan 0.87. Seramai 106 orang guru telah dipilih untuk kajian ini. Kesemua borang soal selidik lengkap telah dipulangkan yang didapati amat berguna dan boleh dikemukakan untuk analisis statistik dengan menggunakan perislan "Stabstical Package for Sodal Science" (SPSS), versi 17.0. Persepsi guru-guru terhadap pengetua-pengetua mereka menunjukkan tahap efikasi kendiri yang sederhana dengan memberikan penekanan yang kuat terhadap kepemimpinan pengajaran dalam melaksanakan fungsi kepengetuaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru-guru lelaki dan perempuan terhadap kepemimpinan pengajaran pengetua adalah sama. Walau bagaimanapun, persepsi guru-guru perempuan terhadap efikasi kendiri yang ditunjukkan oleh pengetua-pengetua mereka adalah lebih tinggi berbanding guru-guru lelaki. Kedua-dua pemboleh ubah, kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendirl, menunjukkan hubungan positif yang rendah dengan pencapaian sekolah. Walaupun demikian, apabila diadakan korelasi antara satu sama lain, kepemimpinan pengajaran dan efikasi kendiri mempunyai hubung kalt yang sangat kuat laitu r=0.63 (rujuk bab 4). Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | self-efficacy, instructional leadership, principal, school achievement |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 08 Feb 2018 10:35 |
Last Modified: | 08 Feb 2018 10:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18733 |
Actions (login required)
View Item |