Aidah Abu Bakar (2009) Faktor yang menyumbang kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Faktor yang menyumbang.pdf Download (12MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan tahap stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang tertibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat, Sabah. Terdapat 6 faktor stres kerja yang dikenal pasti dalam kajian ini iaitu faktor intrinsik kerja, faktor peranan dalam organisasi , faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya, faktor hubungan interpersonal dan faktor luaran Organisasi. Seramai 48 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina bagi kajian ini. Analisis data kajian menggunakan kaedah min, peratusan, Independent Samples T Test , ANOVA ,korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat stres kerja yang berbeza dikalangan responden iaitu tahap stres normal dan juga tahap stres sederhana tinggi . Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres kerja mengikut ciri demografi. Didapati faktor struktur dan iklim organisasi, faktor perkembangan kerjaya dan luaran Organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan stres kerja pada eras 0.05. Melalui analisis regresi berganda, didapati faktor luaran organisasi menjadi penyumbang utama kepada stres kerja dalam kalangan pembantu tadbir yang terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah di daerah Kudat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | stress level, administrator assistants, financial management |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 08 Feb 2018 10:35 |
Last Modified: | 08 Feb 2018 10:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18734 |
Actions (login required)
View Item |