Hubungan antara kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Zon Merotai, Tawau

Mohammad Said (2013) Hubungan antara kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Zon Merotai, Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara kerja rumah.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kerja rumah ialah suatu komponen penting di dalam aktiviti pembelajaran yang sentiasa dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi seluruh sekolah di Malaysia. Guru memainkan peranan untuk menyediakan kerja rumah kepada pelajar, dan pelajar diwajibkan untuk merryiapkan kerja rumah yang telah diberikan. Walaupun terdapat banyak isu yang diperdebatkan mengenai bebanan berhubung dengan kerja rumah yang diberikan kepada pelajar, namun kerja rumah terus menjadi satu perkara yang wajib dilaksanakan kerana terbukti bahawa kerja rumah menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa, jenis dan cara pengelolaan guru terhadap kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun 6 di zon Merotai, di daerah Tawau. Sampel kajian terdiri 140 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah rendah di zon Merotai, daerah Tawau. Kajian dijalankan berpandukan kaedah tinjauan soal selidik. Semua data diproses dengan menggunakan program Statistical Packaqes For Social Sciences 20.0 for windows (SPSS Version 20.0 for Windows). Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian: deskriptif (melibatkan kekerapan dan peratus) dan inferensi (melibatkan Pearson Correlation. Daripada data yang diperoleh, penyelidik mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat hubungan antara peruntukan masa dan jenis kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dengan pencapaian pelajar. Namun, kesemua hubungan yang wujud adalah pada tahap yang lemah. Beberapa implikasi dan cadangan tentang kajian dibincangkan pada akhir kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: times spent, administration method, homework, achievement, English Language
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 26 Feb 2018 11:39
Last Modified: 26 Feb 2018 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18915

Actions (login required)

View Item View Item