Pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru terhadap prestasi kerja

Minah Sintian (2009) Pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru terhadap prestasi kerja. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian.pdf

Download (686kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh sifat keterbukaan dan ketelitian guru terhadap prestasi kerja. lima buah sekolah menengah dalam daerah Tuaran, Sabah telah dijadikan lokasi kajian. Kajian ini melibatkan 191 orang sampel daripada keseluruhan populasi berjumlah 381 orang guru. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini diubah suai daripada NED Personality Inventory (NEO PI-R), NED-Five Inventory (FFI) dan Laporan Penilaian Prestasi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Inventori ini mengandungi 74 item yang mencakupi aspek sifat keterbukaan, sifat ketelitian dan prestasi kerja. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 16.0 . Analisis data dalam kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menggunakan statistik deskriptif dibentangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai . Statistik inferensi pula menggunakan analisis regrasi pelbagai, Korelasi Pearson dan Independent Samples t-test. Berdasarkan analisis Korelasi Pearson, kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang rendah antara sifat keterbukaan dengan prestasi kerja (r=.315, p<0.01) dan juga hubungan signifikan yang rendah antara sifat ketelitian dengan prestasi kerja {r=.311, p<0.01). Bagi analisis Independent Samples t-test, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru perempuan dari segi sifat keterbukaan dan sifat ketelitian. Kajian ini juga turut mendapati wujudnya pengaruh signifikan yang rendah sifat keterbukaan guru terhadap prestasi kerja (r² = 0.315) dan pengaruh signifikan yang rendah sifat ketelitan guru terhadap prestasi kerja (r²= 0.311). cadangan bagi kajian lanjutan juga telah dinyatakan dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: job performance, teacher's trait, openness, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 22 Mar 2018 10:12
Last Modified: 22 Mar 2018 10:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19334

Actions (login required)

View Item View Item