Analisis naratif teknik kesan khas visual (vfx) dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Libas

Ariff Bukhari Ahmad Basri (2014) Analisis naratif teknik kesan khas visual (vfx) dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Libas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Analisis naratif teknik kesan khas visual.pdf

Download (799kB) | Preview

Abstract

Kajian ini menganalisis teknik pembikinan kesan khas visual ( VfX) dalam dua buah filem terpilih Malaysia iaitu Hikayat Merong Mahawangsa (2011) dan Libas (2011). Kajian meliputi jenis-jenis teknik yang digunakan bagi menghasilkan adegan-adegan yang melibatkan penggunaan skrin hijau (green screen) dan penambahan imej janaan komputer ketika proses pasca produksi. Analisis naratif dibuat ke atas teknik dan prosedur pembikinan VFX yang meliputi pra produksi, produksi dan pasca produksi. Antaranya meliputi papan cerita (storyboard), proses penggambaran serta penambahan imej janaan komputer yang disesuaikan dengan rakaman penggambaran. Kaedah kualitatif digunakan bagi kajian ini melalui penglibatan dan pemerhatian ketika proses penggambaran, temu-ramah bersama produser, pengarah filem dan penyelia VFX yang terlibat secara langsung dalam pembikinan filem tersebut. Temuramah yang sarna juga dilakukan dengan individu yang terlibat dalam industri filem di Malaysia. Data-data sekunder kajian juga diperolehi melalui daripada jurnal, majalah, surat khabar dan laman web syarikat perfileman luar negara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembikinan dua filem terpilih tersebut hanya menggunakan teknik asas VFX sahaja. Malah terdapat adegan-adegan yang dirakam kurang bersesuaian dengan teknik yang diaplikasikan bagi menghasilkan VFX dalam filem tersebut. Ini menyebabkan pembetulan terhadap syot imej janaan komputer terpaksa dilakukan sehingga memanjangkan tempoh pembikinan sesebuah filem. Malah didapati pihak industri filem di Malaysia masih tidak jelas dengan prosedur dan teknik penghasilan VFX ini menyebabkan penggunaan kesan tersebut hanya dimonopoli oleh syarikat tertentu dan mempengaruhi kos pembikinannya. Sekaligus penggunaan VFX masih sedikit diaplikasikan dalam filem Malaysia. Kajian ini dapat membantu pihak industri dan penggiat seni yang mahu menceburi dalam bidang ini memahami teknik-teknik dan prosedur asas pembikinan VFX. Diharap juga ia dapat mengurangkan persepsi sesetengah pihak yang menyatakan pembikinan VFX adalah sukar dan melibatkan kos pembikinan yang tinggi. Sekaligus menggalakkan mereka menggunakan elemen VFX di dalam filem mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: visual effect, Hikayat Merong Mahawangsa, Libas, landscape, action scene
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Mar 2018 14:33
Last Modified: 27 Mar 2018 14:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19574

Actions (login required)

View Item View Item