Maznah Mohd Yunus (2008) Penyaringan metabolit sekunder dan aktiviti biologi (antikanser dan antifungi) terhadap spesies keladi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Penyaringan Metabolit Sekunder dan aktiviti biologi.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian dijalankan untuk mengenalpasti potensi 10 sampel keladi dalam famili Araceae iaitu Alocasia macro""hiza, Dieffenbachia piela, Philodendron bipinnilifidium, Colocasia esculenta, Homalomena propinqua, Epipremnum falcifolium, Alocasia sp., Amydriwn medium, Rhaphidophora korthb,ii dan Schi.vmaloglottis sp. terhadap aktiviti biologi (PPI, GSK-3~, RaslRaf-l dan antifungi) serta penyaringan metabolit sekunder(tanin, polifenol, antrakuinon serta gula deoksi dalam kardium glikosida). Sampel diekstrak menggunakan 100% (v/v) metanol sebagai pelarut dengan nisbah 19:1Oml.Bagi penyaringan aktiviti antikanser, penyaringan dilakukan menggunakan sistem yis, di mana untuk PPI. strain PAY700-4 (mutan) dan PAY704-1 (liar) digunakan, GSK-3~ menggunakan strain Hloo75 dan RaslRaf-1 dengan strain hibrid HlOOI4. Hasil keputusan mendapati dalam ujian antikanser, hanya RasIRaf-l memberikan keputusan positif dengan 6 sampel iaitu batang tua A. macro""hiza, batang muda A. macro""hiza, batang D. piela, P. bipinnitifidium, C. esculenla dan H. propinqua dengan memberikan 6mm zon perencatan pada isipadu 60p.1. Untuk ujian anti fungi. tiada sam pel dikesan merencat aktiviti kedua-dua strain Candida a/bieans dan C. kru.'1ei. Manakala dalam ujian fitotimia, 4 sarnpel (H. propinqua, Alocasia sp., A. medium dan R. korthlsii) positif membentuk mendakan biro hitam atau gelatin untuk kehadiran tanin dan polifenol disamping 8 sampel (daun Dieffenbachia piela, P. bipinnilifidium, H. propinqua, E. falcifolium, Alocasia sp., A. medium, R. korthlsii dan Schismatoglottis sp.) positif untuk kehadiran gula deoksi dalam kardium glikosida.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Yam , metabolites , yeast systems , biological activities |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 15 May 2018 09:51 |
Last Modified: | 15 May 2018 09:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20055 |
Actions (login required)
View Item |