Aljanah Abdul Razek (2008) Persepsi Ahli Kesatuan Sekerja terhadap perundingan kolektif: polisi mesra keluarga di ibu pejabat Pos Malaysia Berhad Sabah, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000038.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini mengkaji persepsi ahli kesatuan sekerja terhadap perundingan kolektif dalam memperjuangkan polisi mesra keluarga. Kajian ini melibatkan perundingan kolektif di antara majikan Pos Malaysia Berhad dengan ahli Kesatuan Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad Sabah ( KKPPS ) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2006 hingga Disember 2008. Tinjauan dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik pada 31 orang responden, manakala kaedah kualitatif yang dibuat dengan menemubual 3 orang responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah menjawap objektif penyelidikan ini, di mana perundingan kolektif di Pos Malaysia Berhad dapat melindungi hak pekerja dalam aspek polisi mesra keluarga. Hasil kajian dan analisis kolerasi menunjukkan terdapat hubungan positif sederhana di antara perundingan kolektif dan polisi mesra keluarga. Walaubagaimanapun terdapat elemen polisi mesra keluarga yang tidak disediakan untuk para pekerja iaitu masa bekerja anjal dan pusat penjagaan kanak-kanak.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Trade Union Members, Employer of Pos Malaysia Berhad Sabah, Quantitative and qualitative methods, Family-friendly policie |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 16 May 2011 15:31 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2008 |
Actions (login required)
View Item |