Sharifah Nurul Balqis Mohd Ishak (2008) Pengaruh suhu dan tempoh penyimpanan terhadap kandungan vitamin C dalam buah-buahan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Pengaruh suhu dan tempoh penyimpanan.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jumlah kandungan vitamin C dalam buah mangga, jambu batu, betik dan oren yang dipengaruhi oleh suhu dan tempoh penyimpanan yang berbeza. Jus buah-buahan yang digunakan dalam kajian ini diletakkan dalam suhu penyimpanan sejuk 4 °C, suhu ambien atau suhu bilik 21.5 °C dan suhu panas. Jumlah kandungan vitamin C yang terdapat di dalam setiap jus buah-buahan bagi setiap suhu penyimpanan berbeza diukur mengikut tempoh penyimpanan selama 0,1,2,3 dan 4 hari. Pengukuran kandungan vitamin C tersebut menggunakan kaedah pentitratan iodin. Hasil kajian menunjukkan, jumlah kandungan vitamin C dalam buah-buahan semakin menurun apabila semakin lama disimpan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara min jumlah kandungan vitamin C buah-buahan dengan suhu dan tempoh penyimpanan berbeza. Jumlah kandungan vitamin C yang mengalami penurunan paling maksimum ialah penyimpanan pada suhu panas 60 °C manakala penurunan vitamin C yang paling minimum ialah pada penyimpanan suhu ambien 21.5 °C. Selain itu, kajian juga mendapati buah jambu batu mengandungi kandungan vitamin C yang tertinggi iaitu 83mg/25ml jus manakala kandungan vitamin C dalam buah mangga adalah yang terendah iaitu 50mg/25ml jus berbanding buah-buahan lain. Kesimpulannya, buah-buahan hendaklah disimpan pada suhu dan tempoh penyimpanan yang sesuai bagi mengekalkan kandungan vitamin C nya. Suhu penyimpanan yang sesuai bagi buahbuahan ialah di antara 10°C-22 °C manakala tempoh penyimpanan yang sesuai bagi buahbuahan adalah lebih kurang 2-3 hari.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | temperatures, vitamin C, fruit |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 10 Jul 2018 15:03 |
Last Modified: | 10 Jul 2018 15:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20433 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |