Kualiti pengajaran, prestasi kerja, tekanan kerja dan hubungan dengan beban tugas guru sekolah menengah di negeri Sabah

Nurlila Abdul Wahab (2018) Kualiti pengajaran, prestasi kerja, tekanan kerja dan hubungan dengan beban tugas guru sekolah menengah di negeri Sabah. Doctoral thesis, University Malaysia Sabah.

[img] Other
Kualiti pengajaran prestasi kerja tekanan kerja dan hubungan dengan beban tugas guru sekolah mendengah di negeri Sabah

Download (3MB)

Abstract

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti kualiti pengajaran, prestasi kerja, tekanan kerja guru dan hubungannya dengan beban tugas guru. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel seramai 800 orang guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Variabel kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan Ujian-t, ujian ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan analisis regresi berganda. Kajian ini menggunakan soal selidik Beban Tugas Guru, Kualiti Pengajaran, Tekanan Kerja dan Prestasi Kerja sebagai alat pengukur bagi variabel­variabel kajian. Analisis Ujian-t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan beban tugas guru berdasarkan umur dan pengalaman mengajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara variabel yang terlibat iaitu hubungan kualiti pengajaran dengan beban tugas guru (r = .294, p< .01), hubungan prestasi kerja dengan beban tugas guru (r = .166, p< .01) dan hubungan tekanan kerja dengan beban tugas guru (r = .388, p< .01). Hasil analisis regresi berganda mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan pemboleh ubah kualiti pengajaran telah menyumbang sebanyak 12.1 % terhadap beban tugas guru, pengaruh prestasi kerja telah menyumbang sebanyak 14.7% terhadap beban tugas guru dan pengaruh tekanan kerja telah menyumbang sebanyak 11.1 % terhadap beban tugas guru. Manakala kombinasi pemboleh ubah peramal iaitu kualiti pengajaran, prestasi kerja, tekanan kerja telah menyumbang sebanyak 22.2% terhadap beban tugas guru. Semua hasil ujian regresi ini menjelaskan bahawa variabel bebas iaitu kualiti pengajaran, prestasi kerja dan tekanan kerja memberi pengaruh terhadap beban tugas guru. Kajian turut mencadangkan agar pihak yang bertanggungjawab perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah beban tugas guru agar semua guru dapat mencapai kepuasan kerja tanpa sebarang tekanan kerja.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Teachers , Sabah , job performance , stress
Subjects: L Education > L Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 09 Jul 2019 15:08
Last Modified: 09 Jul 2019 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22484

Actions (login required)

View Item View Item