Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor (2010) Penentuan aktiviti antioksidan dan antikanser di dalam teh Sabah serta potensinya sebagai makanan tambahan. (Unpublished)
|
Text
Penentuan aktiviti antioksidan dan antikanser di dalam teh Sabah serta potensinya sebagai makanan tambahan.pdf Download (159kB) | Preview |
|
Text
Penentuan aktiviti antioksidan dan antikanser di dalam teh Sabah serta potensinya sebagai makanan tambahan.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Peningkatan minat di kalangan pengguna dan kajian saintifik mengenal kebaikan teh terhadap kesihatan telah membuka Iembaran temadap kajian ekstrak teh sebagai salah satu cabang makanan tambahan. Oleh ltu, bagi kajian ini, Teh Sabah dinilai untuk menentukan komposisi fungsian yang terdapat di dalam daun Teh Sabah untuk menentukan kebaikannya sebagai makanan tambahan. Oleh kerana itu, komposisi nutrien dan kimia, aktiviti antioksidan, sifat antikanser dan kesan toksikologi ditentukan dengan menggunakan pelbagai jenis analisis berdasarkan jenis rawatan dan tahap kematangan daun teh. Kandungan flavanol (EGc, catechin hydrate, EC, EGCG dan ECG) dalam daun Teh Sabah dikaji pada daun teh segar dan fennentasi pada tiga tahap kematangan laitu daun muda, matang dan tua dengan menggunakan analisis HPLC. Didapati jenis rawatan (segar dan fennentasi) dan tahap kematangan daun mempunyai kesan yang signifikan terhadap kandungan flavanol. Daun segar mengandungi lebih flavanol berbanding yang difennentasi dan daun muda mengandungl yang terbanyak diikuti daun matang, dan tua. Ravanoi yang tertinggal kandungannya adalah EGC diikuti ECG, catechin hydrate, EGCG dan akhlmya EC dalam semua kematangan dan jenis rawatan. Bagl aktiviti antikanser, teh hijau mempunyai kesan sitotoksik yang lebih tinggl dan kaedah pengekstakan metanol adalah lebih baik berbanding air panas. Selaln itu, terdapat kesan sitotoksik di dalam teh buangan dan kaedah pengekstrakan air panas dapat memberikan kesan sitotoksik yang lebih tinggl bagi jenis teh tersebut Bagi aktiviti antioksidan, teh hitam dan kompos teh hitam d1analisis untuk jumlah polifenol, jumlah flavonoids dan kapasiti aktiviti antioksidant. Sampel diekstrak dengan menggunakan pelarut akues metanol dan air panas. Kapasltl aktiviti antioksidan ekstrak ditentukan dengan menggunakan kaedah perencatan radikal DPPH dan ABTS serta kaedah FRAP. Keputusan menunjukkan efisiensi peratus pengekstrakan adalah lebih tinggl dalam pelarut akues metanol berbanding dengan pelarut air panas. Kandungan polifenoi dan flavonoid adalah lebih tinggl dalam teh hitam daripada kompost teh hitam manakala kaedah perencatan radikal ASTS dan DPPH, ekstrak teh air panas mempunyai peratus perencatan radikal yang tinggl berbanding dengan ekstrak teh akues metanol. Semua kaedah yang digunakan mendapati teh hitam mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggl berbanding dengan kompos teh hitam. Kajlan toksisiti subkronik ekstrak teh Sabah selama 28 hart telah dijalankan terhadap tikus Sprague Dawley jantan dan betina (umur;13 dan 8 minggu). Tikus jantan dan betina masing-masing terdiri daripada empat kumpulan yang diberikan kepekatan dos yang berbeza laitu 0 (kawalan), 1250, 2500, dan 5000 mg/kg b.b.hari. Sebanyak 2.7 dan 1.4 ml ekstrak teh Sabah masing-masing telah diberikan kepada tikus jantan dan betina secara suapan paksa. tiada sebarang kematian dan petanda perubahan klinikal yang jelas dapat diperhatikan pada tikus sepanjang tempoh kajian kecuali pengurangan berat badan tikus jantan yang diberikan dos 5000 mg/kg b.b/hari. Peningkatan enzim alanin transferase dan kreatinin pacta tikus betina tidak dikira sebagai kesan tokslkologl kerana tiada sebarang perubahan pada berat hati dan buah pinggang relatif diperhatikan. Berdasarkan pemerhatian, kepekatan dos paling rendah yang menampakkan kesan sampingan (lowest observed adverse effect level, LOAEL) terhadap tikus jantan adalah 5000 rngJkg b.b/hari. Bagi tikus betina pula, kepekatan dos 5000 mg/kg b.b.hari adalah pada paras yang tidak menampakkan sebarang kesan sampingan terhadapnya (no observed adverse effect level, NOAEL).
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Oral nutritional supplements , food , health , Sabah Tea leaves |
Subjects: | ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ?? |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 18 Sep 2019 09:39 |
Last Modified: | 04 Sep 2020 10:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23574 |
Actions (login required)
View Item |