Nang Lao Mone (2004) Factors influencing primary school dropouts: a case study in Kota Marudu, Sabah. (Unpublished)
|
Text
Factors influencing primary school dropouts.pdf Download (108kB) | Preview |
|
Text
Factors influencing primary school dropouts.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui punca sebenar keciciran murid-murid di Kota Marudu, Sabah. Terdapat tiga fokus utama dalam mencapai objektif ini iaitu keluarga, sekolah dan murid itu sendiri. Bagi faktor keluarga, status sosio-ekonomi keluarga, taraf pendidikan ibu bapa dan kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dikaji. Selain itu, jarak perjalanan ke sekolah, kemudahan sekolah dan kelakuan guru dikaji berdasarkan faktor sekolah. Faktor murid dilihat dari sudut kelakuan murid-murid dan respon kepada permintaan keluarga. Dalam kajian ini, kaedah temubual telah digunakan. Kaedah temubual, pemerhatian dan rakaman kaset digunakan sebagai instrument untuk mengumpul maklumat pada kerja lapangan. Lima belas orang murid-murid yang tercicir. ibu-bapa murid yang tercicir dari setiap sekolah rendah dan lima orang guru besar dipilih daripada lima buah sekolah rendah di Kota Marudu. Keputusan yang didapati menunjukkan bahawa faktor keluarga yang merupakan pengaruh yang tertinggi dalam situasi keciciran murid-murid. Sekolah juga didapati mempunyai faktor yang menyebabkan keciciran murid-murid ini yakni jarak dari rumah ke sekolah adalah jauh dan menjadikan murid-murid jarang hadir ke sekolah. Namun begitu, kajian mendapati bahawa murid-murid yang tercicir ini menunjukkan kelakuan atau sikap yang positif kepada persekolahan mereka tetapi disebabkan oleh faktor situasi dari keluarga dan sekolah. Semua murid-murid yang tercicir ini mengalami lebih dari satu masalah yang kompleks untuk murid-murid mencari jalan penyelesaian. Kajian ini mencadangkan ceramah dan bengkel kepada ibu bapa,' penubuhan kemudahan sekolah yang setaraf, lebih guru profesional dan asrama bagi murid-murid akan membantu dalam mengawal populasi keciciran murid-murid. Kajian ini juga mendapati bahawa masalah keciciran murid-murid sekolah rendah adalah lebih kepada masalah lain berbanding dengan masalah pendidikan. Dengan itu, kerjasama dari ibu bapa, murid murid. sekolah. guru, kerajaan dan pihak swasta diperlukan dalam mengawal populasi keciciran murid-murid sekolah rendah. Keciciran murid-murid sekolah rendah adalah perkara yang serius kerana murid-murid ini adalah generasi baru bagi perkembangan pendidikan, kepakaran dan kebolehan dalam pembangunan negara.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Keyword: | Primary school , Kota Marudu , Sabah , education |
Subjects: | ?? LB1501 ?? |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 18 Sep 2019 09:47 |
Last Modified: | 04 Sep 2020 10:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23587 |
Actions (login required)
View Item |