Mohammad Faiz Abdul Rauf (2018) Pengawetan krio semen kambing boer menggunakan pencairan tris dengan tiga tahap Gliserol Dan Etelin Glikol Pada Suhu 5 °C. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Pengawetan krio semen kambing boer menggunakan pencairan tris.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan kepekatan gliserol (Gly) dan EG (EG) yang berbeza bagi pengawetan krio semen kambing. 3 ekor kambing Boer jantan telah dipilih dan semen daripada pejantan akan dikumpulkan dan dicampur. Semen telah dikumpulkan menggunakan vagina tiruan. Semen kemudian akan dilarutkan menggunakan Tris. Semen kemudian dibahagikan kepada beberapa campuran larutan kimia 2%Gly, 4%Gly, 6%Gly, 2%EG, 4%EG, 6%EG dan kawalan {Tris) sebagai kumpulan rawatan. Semen yang telah dicairkan kemudian diletakkan di bawah kawalan suhu S °C. Penilaian semen dilakukan selama 44 jam. Skar motiliti terbaik untuk kambing jantan selepas 44 jam adalah 4%EG diikuti oleh 6%Gly. Peratusan tertinggi sperma hidup yang diperolehi adalah 4%Gly dikuti oleh 6%EG manakala sperma abnormal yang terbaik selepas pencairan telah diperoleh dengan 4%EG diikuti oleh 2%EG. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa percampuran Gly dan EG sebagai perlindungan krio dalam semen memberi kesan yang lebih baik dari segi perlindungan spermatozoa di bawah suhu sejuk S°C berbanding dengan rawatan kawalan Tris di mana rawatan kawalan tersebut telah menunjukkan pemerosotan yang cepat dalam kajian ini. Secara kesimpulannya, perlindungan krio sama ada Gly atau EG adalah penting untuk pengawetan krio semen dalam suhu sejuk. EG dengan berkepekatan 4% dan 6% boleh berinteraksi dengan baik dalam larutan Tris untuk pengawetan krio semen kambing Boer dalam jangka masa pendek di bawah suhu sejuk S°C selama 44 jam.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Boer Goat semen , glycerol , ethylene glycol |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 08 Jan 2020 07:36 |
Last Modified: | 08 Jan 2020 07:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24551 |
Actions (login required)
View Item |