Pelatih V & T dan dunia kerja realiti

Dzurizah Ibrahim (1998) Pelatih V & T dan dunia kerja realiti. (Unpublished)

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (233kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Sepanjang dekad 1990-an, pembangunan sumber manusia mula dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dan perlu. Persaingan, inovasi dan keupayaan dalam pengurusan teknologi baru di Malaysia khususnya di Sabah akan ditentukan oleh kualiti sumber manusianya. Justeru itu, gunatenaga yang produktif dan effisien haruslah dibangunkan bukan sahaja dengan kemahiran dan ilmu yang pelbagai tetapi juga harus disertakan dengan nilai moral dan etika yang teguh serta juga iltizam terhadap kecemerlangan. Kepesatan industri dan kehendak majikan dalam mengambil tenaga pekerja turut mempengaruhi tren dan halatuju penyediaan sumber manusia yang ada. Justeru kajian ini cuba menyingkap dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan persediaan dan kehendak majikan di Kata Kinabalu dalam mengambilkira keperluan guna tenaga masa depan di Sabah terutama dalam menempoh alaf baru mendatang. Di samping itu, kajian ini juga tu rut mengumpul maklumat berhubung dengan keupayaan pelatih V& T di institusi latihan awam (PKK) dalam memenuhi keperluan dan kehendak majikan di Sabah. Ketiganya, kajian ini juga mengumpul maklumat tentang aspek-aspek kejurulatihan V&T (PKK) dalam membantu meningkatkan kualiti latihan. Dapatan kajian kemudiannya membahagikan analisis kepada tiga bahagian utama iaitu pelatih: peningkatan kemahiran, dapatan ilmu menerusi kursus yang diikuti, kesediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi; prospek karier masa depan. Manakala bahagian kedua adalah jurulatih atau tenaga pengajar V& T PKK: latar belakang pengalaman kerja, komitmen dalam pembangunan kursus, penggunaan peralatan teknikal dalam pengajaran, jangkaan terhadap prospek pelatih, latihan semula dan latihan dalam kerja. Manakala bahagian ketiga adalah majikan / sektor industri sekitar Kota Kinabalu: pola pekerja dan pekerjaan yang wujud dalam sektor, unjuran dan prospek pekerjaan pada masa depan, pendominasian pekerjaan mengikut gender dan kriteria pekerja yang diperlukan.

Item Type: Research Report
Keyword: Work , Employee , Sabah , Workers
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2020 11:24
Last Modified: 26 Jan 2024 15:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25831

Actions (login required)

View Item View Item