Bengkel petunjuk prestasi utama UMS

Jakaria Dasan (2009) Bengkel petunjuk prestasi utama UMS. The New Sabah Times. p. 7.

[img]
Preview
Text
ar0000000029.pdf

Download (52kB) | Preview

Abstract

Dalam ucapan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau menyentuh mengenai konsep “Satu Malaysia – Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.� Dimana Petunjuk Prestasi Utama atau ringkasnya Key Performance Indicator (KPI) akan menjadi teras utama kepada ketelusan pentadbiran kepimpinan beliau untuk tempoh seterusnya. Dalam hubungan ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Bengkel KPI bagi menyokong wawasan Perdana Menteri itu. Selaku Institusi Pengajian Tinggi Awam, KPI merupakan suatu ‘benchmark’ yang mampu melonjak prestasi universiti untuk menyediakan kumpulan pengajar yang mantap serta menghasilkan modal insan yang berdaya saing di masa hadapan. Mahasiswa mahasiswi perlu diberikan bimbingan dan asuhan yang akan mengasah ilmu dan kemahiran melebihi capaianbiasa. Justeru, selaku pembimbing dan penggerak, kakitangan UMS perlu memperlengkapkan diri dengan kehebatan peribadi yang unggul. Oleh yang demikian, usaha memperkenalkan KPI di setiap Jabatan, Sekolah, Pusat, Institut dan Unit (JSPIU) di UMS merupakan pendekatan yang mampu merealisasikan hasrat berkenaan. KPI bukanlah suatu terma baharu. Secara sedar atau tidak amalan KPI telah lama dipraktiskan yang menjurus kepada peningkatan kualiti kerja. Namun, pelaksanaan amalan-amalan KPI tidak begitu serius ditekankan dan seringkali bersifat sementara sahaja. Apa yang penting dalam KPI ialah penetapan suatu ukuran prestasi ke atas sasaran yang perlu dicapai dan setakat mana ia mampu dicapai. Semakan berterusan perlu dijalankan dengan tujuan untuk penambahbaikan, sekaligus mendidik kakitangan untuk menyedari tahap sebenar kemampuan pencapaian masing-masing. “Dengan petunjuk prestasi, kita mampu mengetahui perkembangan proses kerja yang telah kita jalankan dan kita akan lebih terdorong dan berinisiatif untuk melipatgandakan usaha sedia ada,� kata Kol. Prof. Datuk Dr Kamaruzaman. Katanya, “melalui KPI juga, anda akan lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri, dan jabatan masing-masing. Saya percaya maklumat itu akan dapat dijadikan sebagai teras bagi merangka strategi yang lebih efektif di masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Key Performance Indicator (KPI)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Jun 2011 15:13
Last Modified: 13 Oct 2017 12:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2740

Actions (login required)

View Item View Item