Impak Covid-19 terhadap keusahawanan makanan tradisi berskala kecil-kecilan di Sabah

Harifah Mohd Noor and Jabil Mapjabil and Adilah Md Ramli and Jurry Foo and Ubong Imang and Rima Abdul Rahman (2020) Impak Covid-19 terhadap keusahawanan makanan tradisi berskala kecil-kecilan di Sabah.

[img] Text
Impak Covid-19 Terhadap Keusahawanan Makanan Tradisi Berskala Kecil-Kecilan Di Sabah-Abstract.pdf

Download (103kB)
[img] Text
Impak Covid-19 Terhadap Keusahawanan Makanan Tradisi Berskala Kecil-Kecilan Di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (311kB)

Abstract

Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia kerana kaya dengan pelbagai khazanah budaya yang unik dan alam sekitar yang mengkagumkan. Antara tarikan budaya yang popular di negeri ini adalah kepelbagaian makanan tradisi yang menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk tempatan. Namun, penularan pandemik COVID-19 di Malaysia telah memaksa pihak kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disusuli dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Untuk itu, dalam tempoh pelaksanaan keseluruhan PKP ini, timbul persoalan iaitu sejauhmana impak keusahawanan makanan tradisi Sabah sebagai salah satu produk pelancongan domestik dan strategi pemulihan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP dan seterusnya pasca COVID-19. Kaedah penyelidikan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif menggunakan instrumen kaji selidik dan pemerhatian serta melibatkan sejumlah 100 pengusaha makanan dari pelbagai katogeri produk makanan. Penemuan mendapati sumber kewangan menjadi cabaran utama pengusaha (skor min 4.6). Ini adalah kerana berkurangan permintaan pembelian dan kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah (skor min masing-masing 4.6). Memberhentikan pekerja (skor min 2.3) atau mengurangkan gaji mereka (purata skor min 3.4) adalah alternatif terakhir pengusaha untuk menangani masalah kewangan. Khidmat nasihat dan bantuan khas kerajaan adalah harapan utama untuk membantu para pengusaha (skor min 4.5 dan 4.4). Kajian ini membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti daya tahan dan survival para pengusaha semasa dan selepas tempoh pendamik ini.

Item Type: Proceedings
Keyword: COVID19 , Makanan tradisi , Pengusaha
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Jul 2021 17:20
Last Modified: 05 Jul 2021 17:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27599

Actions (login required)

View Item View Item