Hubungan antara faktor individu dan faktor organisasi terhadap lesu upaya pekerja di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Nurazira Kamaruddin (2022) Hubungan antara faktor individu dan faktor organisasi terhadap lesu upaya pekerja di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (386kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor individu dan faktor organisasi terhadap lesu upaya pekerja di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lesu upaya atau lebih dikenali sebagai Burnout adalah satu sindrom yang berlaku apabila s eseorang merasa letih atau penat secara berlebihan dari segi fizikal, emosi dan mental. Kajian ini pada awalnya akan melihat dan mengenalpasti faktor faktor individu dan faktor faktor organisasi yang boleh menyumbang kepada lesu upaya pekerja. Faktor individu terbahagi kepada tiga iaitu pemikiran positif, tingkahlaku dan kezaman dan pematuhan manakala faktor organisasi adalah sokongan rakan sekerja, sokongan pihak atasan dan persekitaran organisasi. Selepas itu, pengkaji juga telah mengkaji tiga kesan yang berlaku disebabkan oleh faktor faktor yang ada iaitu berdasarkan kajian Maslach dan Jackson (1981) mengatakan terdapat tiga dimensi kesan utama iaitu kelelahan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian diri. Kajian ini dijalank an dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 145 responden iaitu merupakan pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu , Borang soal selidik ini telah diedarkan menggunakan pautan Google Form melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Telegram dan Instagram pengkaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS versi 28. Di samping itu, pengkaji juga telah menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi yang terbahagi kepada dua a nalisis iaitu Kolerasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Daripada dapatan kajian ini, pengkaji telah mendapat keputusan hipotesis bahawa hipotesis pertama telah ditolak di mana tidak ada hubungan signifikan antara faktor individu terhad ap lesu upaya pekerja di DBKK manakala hipotesis kedua telah diterima di mana kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor organisasi terhadap lesu upaya pekerja di DBKK. Oleh itu, kita masih boleh nyatakan bahawa wujud hubungan antara fakto r faktor yang dinyatakan dalam kajian ini terhadap lesu upaya pekerja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Lesu upaya , Pekerja , Faktor individu , Faktor organisasi , Dewan Bandaraya Kota Kinabalu , DBKK
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Apr 2023 09:54
Last Modified: 06 Apr 2023 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29612

Actions (login required)

View Item View Item