Pemupukan kemahiran kepemimpinan melalui projek berasaskan kumpulan

Nurul Ain Zulhaimi and Romzi Ationg and Irma Wani Othman and Anna Lynn Abu Bakar and Nurulasyikin Muda and Mohd Sohaimi Esa and Saifulazry Mokhtar (2021) Pemupukan kemahiran kepemimpinan melalui projek berasaskan kumpulan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 147-157. ISSN 0128-1755

[img] Text
Pemupukan kemahiran kepemimpinan melalui projek berasaskan kumpulan ABSTRAK.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Pemupukan kemahiran kepemimpinan melalui projek berasaskan kumpulan FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (288kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah berpusatkan pelajar yang dapat melatih kemahiran abad ke-21. Kemahiran kepimpinan dengan berfokuskan komunikasi dan kerjasama berpasukan merupakan antara kemahiran yang boleh diterapkan dan diperoleh melalui pembelajaran berasaskan projek. Ketiga-tiga nilai yang saling berkait ini merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar di peringkat pengajian tinggi sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan berbakti dengan masyarakat. Pembelajaran berasaskan projek di peringkat universiti bukan sahaja dapat memberi impak yang positif kepada pencapaian kecemerlangan akademik semata-mata, malahan dapat membentuk kemahiran-kemahiran insaniah yang bakal digunakan dalam kehidupan. Makalah ini merupakan tinjauan awal membincangkan bagaimana pembelajaran berasaskan projek dapat menggarap nilai kepimpinan dengan berfokuskan komunikasi dan kerjasama berpasukan dalam kursus alam sekitar. Kajian dijalankan melalui pemerhatian penyelidik bermula minggu pertama dan refleksi yang diberikan oleh pelajar apabila berakhirnya projek. Refleksi juga dinilai dari sudut pandang ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Hasil kajian mendapati pembelajaran berasaskan projek dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dan perlu diteruskan dalam kursus-kursus lain supaya pelajar lebih bertanggungjawab dalam setiap keputusan dan tindakan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Pembelajaran berasaskan projek , Kepimpinan , Komunikasi , Kerjasama , Universiti
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Aug 2021 14:58
Last Modified: 21 Aug 2021 14:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30270

Actions (login required)

View Item View Item