Nur Firzana Rosman and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2019) Fenomena siling kaca dalam kalangan penolong penguasa kastam wanita di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sabah.
Text
Fenomena siling kaca dalam kalangan penolong penguasa kastam wanita di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sabah-Abstract.pdf Download (60kB) |
|
Text
Fenomena Siling Kaca Dalam Kalangan Penolong Penguasa Kastam Wanita Di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (246kB) | Request a copy |
Abstract
Perlu diakui penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan semakin meningkat, akan tetapi tidak banyak wanita yang dapat melepasi halangan untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi. Perkara ini jelas memperlihatkan kewujudan fenomena siling kaca masih berlaku. Kajian telah dijalankan ke atas 60 orang Penolong Penguasa Kastam wanita untuk melihat tahap dan faktor-faktor yang dominan dalam mempengaruhi fenomena siling kaca di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah. Selain daripada melihat konflik kerja-keluarga, kepuasan kerjaya dan hak kesamarataan sebagai faktor yang boleh mempengaruhi fenomena siling kaca, kajian ini turut mengkaji satu faktor baru yang kurang diketengahkan dalam kajian berkaitan fenomena siling kaca iaitu Perceived Organizational Support (POS). Hasil kajian mendapati tahap fenomena siling kaca yang berlaku di Jabatan Kastam sememangnya tinggi tetapi responden mengambil langkah untuk bertahan disebabkan tempoh fasa berkhidmat masih baru dan majoriti responden masih dalam peringkat membina keluarga kerana telah mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda. Walaupun pada awalnya responden menolak kewujudan konflik kerja-keluarga dalam mempengaruhi fenomena siling kaca, tetapi hasil analisis regrasi mudah menunjukkan konfik kerja-keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi fenomena siling kaca. Tidak dinafikan dwi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh responden mampu memberi impak terhadap kerjaya mereka.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Fenomena siling kaca , Konflik kerja-keluarga , Kepuasan kerja , Hak kesamarataan, Perceived Organizational Support , POS |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 24 Aug 2021 17:38 |
Last Modified: | 24 Aug 2021 17:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30281 |
Actions (login required)
View Item |