Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan: suatu tinjauan konseptual

Mohd Jirey Kumalah and Jabil Mapjabil and Mohamad Pirdaus Yusoh and Arnold Samih and Ruzanna Syamimi Ramli and Johan Johnes and Jemmy Amanda Sipatau and Najwa Musain Musli @ Thomas (2019) Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan: suatu tinjauan konseptual.

[img] Text
Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan, suatu tinjauan konseptual-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Isu Keselamatan dan Jaminan dalam Industri Pelancongan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (123kB) | Request a copy

Abstract

Isu menangani kebimbangan pelancong terhadap aspek keselamatan di destinasi pelancongan adalah prioriti dalam agenda strategik negara yang dapat memastikan industri pelancongan terus konsisten sebagai peneraju utama ekonomi negara. Apatah lagi, dalam tempoh sedekad yang lalu, pelbagai insiden berlaku yang mengundang kebimbangan pelancong terhadap isu keselamatan mereka, antaranya pesawat yang hilang dan terhempas, gempa bumi di Gunung Kinabalu, kes pencerobohan di Tanduo serta beberapa siri penculikan pelancong di perairan pantai timur Sabah. Meskipun ESSCOM dilancarkan sejak tahun 2013, namun fokus utamanya hanya untuk memberi jaminan terhadap aktiviti perdagangan, menghalang penyeludupan serta memastikan pantai timur Sabah terjaga dari pencerobohan asing. Secara tidak langsung, ia tidak memberi penekanan terhadap aspek keselamatan secara keseluruhan dalam pelancongan di Sabah. Setakat ini, belum ada dasar khusus untuk menangani aspek kebimbangan pelancong terhadap pelbagai isu keselamatan di destinasi pelancongan. Untuk itu, kertas kerja ini adalah suatu tinjauan konseptual terhadap isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan yang signifikan dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Keselamatan dan kebimbangan , Jaminan destinasi pelancongan , Reputasi pelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 19:07
Last Modified: 24 Aug 2021 19:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30299

Actions (login required)

View Item View Item