Sistem saraan dan pencen anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1948-1970

Sharifah Darmia Sharif Adam and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus (2019) Sistem saraan dan pencen anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1948-1970. SEJARAH: Journal of the Department of History, 27. pp. 45-65. ISSN 1985-0611

[img] Text
Sistem saraan dan pencen anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Sistem saraan dan pencen anggota perkhidmatan awam di persekutuan tanah melayu, 1948-1970 FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (337kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang sistem saraan dan pencen bagi anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Dalam tempoh tersebut, perbincangan difokuskan terhadap peranan pihak kerajaan British mahupun kerajaan PTM sendiri dalam usaha untuk melaksanakan pembaharuan atau penambahbaikan sistem saraan bagi anggota perkhidmatan awam yang dibuat berdasarkan tiga laporan semakan gaji. Dua laporan semakan gaji terhasil semasa di bawah pentadbiran kerajaan British iaitu Laporan Suruhanjaya Gaji Perkhidmatan Awam Malaya (Trusted Commission Report 1947) dan Laporan Jawatankuasa Khas Gaji di Persekutuan Malaya Benham 1950 (Benham Committee Report 1950). Manakala pada era pentadbiran kerajaan PTM pula terdapat satu laporan semakan gaji dikenali sebagai Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kajian Semula Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam 1967 (Laporan Suffian 1967). Ketiga-tiga laporan suruhanjaya atau jawatankuasa untuk melaksanakan urusan semakan gaji bagi anggota perkhidmatan awam di PTM tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap struktur tangga gaji, skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, elaun, kemudahan tetapi juga persaraan dan faedah persaraan bagi anggota perkhidmatan awam. Oleh itu, berdasarkan hasil laporan ketiga-tiga suruhanjaya atau jawatankuasa tersebut kajian difokuskan untuk meneliti faedah dan manfaat yang diperoleh anggota perkhidmatan awam dari segi struktur tangga gaji, emolumen dan pencen. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai aspek pencen bagi anggota perkhidmatan awam yang dilihat dapat meningkatkan kefahaman mengenai pengaruh pencen dalam sistem saraan. Tinjauan mengenai sistem saraan adalah penting untuk menilai usaha kerajaan dalam melaksanakan perubahan yang dapat memberi faedah kepada anggota perkhidmatan awam di PTM.

Item Type: Article
Keyword: Sistem saraan , Pencen , Anggota Perkhidmatan Awam , Persekutuan Tanah Melayu
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 11:59
Last Modified: 20 Sep 2021 11:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30317

Actions (login required)

View Item View Item