Cyril Modili and Haryati Abdul Karim (2019) Representasi belia dalam media massa: kertas konsep.
Text
Representasi belia dalam media massa, kertas konsep-Abstract.pdf Download (59kB) |
|
Text
Representasi Belia dalam Media Massa, Kertas Konsep.pdf Restricted to Registered users only Download (178kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang membincangkan konsep-konsep representasi belia dalam media massa. Representasi disirkulasikan melalui budaya yang diamalkan dan menyumbang kepada cara pandang serta pemahaman seseorang individu terhadap diri sendiri dan orang lain. Media sebagai pedagogi budaya mencerminkan media tersebut sebagai penunjuk arah kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai peradaban (Robson, 2008). Terdapat beberapa konsep representasi terhadap belia yang dipaparkan oleh media massa, antaranya ialah representasi keganasan, masalah sosial dan stereotaip imej negatif. Selain itu, definisi belia pula boleh dibahagikan kepada tujuh fasa iaitu fasa perantaraan kehidupan antara kanak-kanak dan dewasa, fasa sebagai rakyat dan kesedaran hak individu, fasa rasmi yang ditentukan oleh undang-undang, fasa kedewasaan-biologi, psikologi, emosi dan kematangan, fasa transisi kehidupan sosial dan pembentukan kendiri melalui persekitaran sosial (Cole, 2004). Oleh itu, kajian seumpama ini perlu dilakukan untuk melihat signifikan representasi belia dalam media massa pada masa kini sama ada ianya menggambarkan situasi sebenar kehidupan belia atau sebaliknya. Hal ini kerana, belia pada masa kini lebih tertarik dengan representasi mereka dalam media sosial yang seterusnya mereka jadikan sebagai kayu ukur dalam menjalani kehidupan harian mereka (Hanckel, 2016).
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Representasi , Belia , Media massa |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ799.5-799.9 Young men and women P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Aug 2021 09:20 |
Last Modified: | 27 Aug 2021 09:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30396 |
Actions (login required)
View Item |