Mohamad Nizam Nazarudin and Chong, Swee Le and Zakiah Noordin and Mohd Firdaus Abdullah and Mohd Khairulanwar Md Yusof (2017) Tingkah laku jurulatih, kepuasan dan motivasi: perspektif atlet sekolah. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 1. pp. 30-41. ISSN 2600-7819
Text
Tingkah laku jurulatih, kepuasan dan motivasi.pdf Download (39kB) |
|
Text
Tingkah laku jurulatih, kepuasan dan motivasi1.pdf Restricted to Registered users only Download (363kB) |
Abstract
Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan bagi menentukan hubungan antara tingkah laku jurulatih sukan dengan kepuasan dan motivasi atlet di Sekolah Sukan Sabah. Seramai 127 orang atlet telah dipilih dalam kajian ini dan instrumen yang digunakan adalah soal selidik Coaching Behavior Scale for Sport, Sports Motivation Scale dan Athlete Satisfaction Questionnaire yang telah diterjemahkan. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku jurulatih berdasarkan jantina. Didapati juga bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan persediaan mental, penetapan matlamat dan strategi pertandingan, namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi latihan fizikal dan perancangan kemahiran teknikal dan keseluruhan tingkah laku jurulatih berdasarkan kategori sukan. Dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tingkah laku jurulatih berdasarkan tahap penglibatan atlet secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, hanya terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi penetapan matlamat adalah signifikan berdasarkan tahap penglibatan atlet. Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kemahiran teknikal, strategi pertandingan, latihan fizikal dan perancangan, penetapan matlamat, dan persediaan mental dengan kepuasan atlet. Terdapat juga hubungan positif yang signifikan antara tingkah laku jurulatih dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kemahiran teknikal, strategi pertandingan, latihan fizikal dan perancangan, penetapan matlamat, dan persediaan mental dengan motivasi atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat antara keseluruhan tingkah laku jurulatih dengan motivasi atlet. Tingkah laku jurulatih semasa latihan, semasa pertandingan dan ketika tidak berlatih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pemain mereka dan mungkin akan memberi kesan kepada prestasi pemain serta penyertaan pemain dalam sesuatu pertandingan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Tingkah laku , Kepuasan , Motivasi , Jurulatih , Atlet |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV711 Coaching |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 20:09 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 20:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30634 |
Actions (login required)
View Item |